Now Reading
Pelajar Ikut Kelas Renang Secara Online, Siap Guna Pakaian Lengkap Cuit Hati Ramai

Pelajar Ikut Kelas Renang Secara Online, Siap Guna Pakaian Lengkap Cuit Hati Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semenjak tercetusnya pandemik Covid-19, sebahagian aktiviti yang melibatkan pengumpulan orang ramai telah disekat. Ianya termasuklah sektor pekerjaan, pembelajaran dan sebagainya.

Untuk memastikan setiap daripadanya dapat diteruskan seperti biasa, cara yang paling berkesan adalah dengan menjalankannya di atas talian.

“Kelas fizikal tapi di‘online’kan”

Seperti yang dikongsi seorang lelaki di TikTok @abdulmuhaimin_esw, dia dan sekumpulan rakannya sedang mengikuti kelas seperti biasa. 

Namun yang menarik perhatian adalah ia merupakan kelas renang yang dijalankan secara online.

@abdulmuhaimin_esw

ODL’s things.. Kelas fizikal tapi di”onlinekan” . Terimalah dari kami student pendidikan pjk. ##uitm ##uitmpuncakalam ##fyp

♬ original sound – Abdul Muhaimin

Siap pakai baju lengkap

Menerusi video itu, setiap daripada pelajar itu memakai pakaian renang beserta peralatan yang lengkap sewaktu kelas sedang berlangsung.

Apa yang mengundang dekah netizen adalah aksi mereka melakukan gaya renang di atas katil dan juga lantai bilik dengan penuh gigih.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan pendekatan baru untuk menjalankan kelas itu. Ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama.

Tak boleh nak ‘brain

Seronok buat dengan kawan

Pernah lalui pengalaman sama

“Pernah kawad dalam bilik. Reda je la..” – Netizen

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.