fbpx
Now Reading
Polis Tak Terus Saman, Siap Pakaian Pelitup Muka Untuk Warga Tua Buat Netizen Kagum

Polis Tak Terus Saman, Siap Pakaian Pelitup Muka Untuk Warga Tua Buat Netizen Kagum

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kerajaan Malaysia telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat dan pengangkutan awam.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Sas Barakah di laman Facebook, dia menceritakan kisah seorang warga emas yang telah keluar tanpa pelitup muka ketika pergi ke Pasar Awam Parit di Perak.

Difahamkan, warga emas tersebut mengalami masalah ‘pelupa’ yang boleh berlaku dalam kalangan orang-orang tua.

Polis tolong pakaikan mask

Apa yang menarik perhatian apabila salah seorang anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan tersebut mendekati warga emas itu setelah menyedari dia tidak memakai pelitup muka.

Disangkakan polis itu bakal mengenakan saman, rupa-rupanya dia hanya ingin membantu warga emas tersebut dengan memakaikan pelitup muka kepadanya.

Foto: FB

Turut memberi nasihat

Malah, polis berkenaan turut memesan kepada wanita itu agar sentiasa jaga diri berikutan keadaan sekarang yang semakin membahayakan nyawa.

Bertindak segera memakaikan mask supaya makcik ini dapat dilindungi daripada virus covid-19 dan memberi sedikit nasihat supaya dapat melindungi diri dengan keadaan semasa yang agak merbahaya jika tidak mematuhi arahan memakai mask.

Netizen memberi pujian

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan polis berkenaan yang menggunakan budi bicara untuk tidak terus memberi saman kepada warga emas itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.