fbpx
Now Reading
“Tak Layak Ke Saya Bahagia?” – Si Suami Kecewa Isteri Dihina Berpasangan Lelaki Berperwatakan ‘Lembut’

“Tak Layak Ke Saya Bahagia?” – Si Suami Kecewa Isteri Dihina Berpasangan Lelaki Berperwatakan ‘Lembut’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan berjiwa keras, berperwatakan lembut, sukakan cabaran dan sebagainya.

Namun stigma masyarakat yang menganggap lelaki berperwatakan lembut adalah ‘adik-adik’ sememangnya harus dikikis. Persepsi ini kadang kala tidak benar kerana ianya boleh wujud secara semulajadi dan tidak sepatutnya dipandang serong oleh siapapun.

“Hina ke jadi lelaki lembut?”

Situasi ini dapat dikaitkan dengan lelaki ini yang mendapat hinaan masyarakat dan dipandang serong hanya disebabkan oleh perwatakannya.

Melalui perkongsiannya sendiri di TikTok @oppaarkir94, dia telah meluahkan rasa sedih melihat isterinya yang terpaksa berdepan dengan karenah manusia menghina ciptaan Tuhan sepertinya yang semulajadi lembut.

@oppaarkir94

Hina ke jadi lelaki lembut?Lelaki lembut tempatnya dineraka?Tak layak ke saya bahagia?Tolong jawab🥺##Fyp ##fypシ ##fypsounds ##fypシ゚viral ##love ##sweet ##u

♬ original sound – _azuan.daud

“Orang hina saya lembut, awak malang dapat suami macam saya, awak nangis sedih orang hina saya. Takpa mereka nak hina Allah ada, saya reda.”

Pedulikan persepsi masyarakat

Tidak endah dengan stigma masyarakat, dia meneruskan kehidupan dengan kuat sebagai seorang suami dengan membantu menguruskan kehidupan seharian.

Dia turut tidak terlepas memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang wanita yang baik dan menerima setiap kekurangannya sebagai suri hatinya.

Rata-rata netizen telah memberi kata-kata semangat untuk lelaki tersebut meneruskan kehidupan sebagai manusia biasa dan mempedulikan tohmahan yang diterima.

Tak perlu fikir apa orang cakap

Bertuah dapat lelaki macam ni

Suka berkawan dengan lelaki perwatakan lembut

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.