fbpx
Now Reading
Wanita Pecah Rekod Dunia, Lahirkan Bayi Kembar 10 Serentak

Wanita Pecah Rekod Dunia, Lahirkan Bayi Kembar 10 Serentak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja tidak teruja apabila dikhabarkan akan memiliki bayi kembar. Baru-baru ini, seorang wanita telah melahirkan 10 orang bayi sekaligus.

Menerusi laporan Anadolu Agency, seorang wanita yang bernama Gosiame Thamara Sithole telah memecah rekod dunia apabila telah melahirkan bayi kembar 10.

Wanita berusia 37 tahun itu melahirkan bayi kembar 7 lelaki dan 3 perempuan melalui pembedahan ketika kandungannya berusia 29 minggu.

Foto: Agency

Difahamkan, dia menjalani proses kelahiran tersebut di sebuah hospital di Bandar Pretoria, Johannesburg.

Suaminya, Teboho Tsotetsi mengatakan bahawa mereka sebelum ini mempunyai bayi kembar yang sudah berusia 6 tahun.

Pada awal tahun ini, Sithole memaklumkan dia mengandung dan mengalami sakit pada kaki dan pedih ulu hati. Malah, dia turut bimbang kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana berisiko tinggi untuk mengandung.

Walaubagaimanapun, wanita tersebut berjaya melahirkan kesemua bayinya dengan selamat. Doktor juga telah meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam inkubator untuk beberapa bulan sebelum Sithole dan suaminya membawa anak mereka pulang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.