fbpx
Now Reading
12 Ahli Keluarga Positif Covid-19 Termasuk Anak2, Niena Azman & Rody Kristal Mohon Doa Orang Ramai

12 Ahli Keluarga Positif Covid-19 Termasuk Anak2, Niena Azman & Rody Kristal Mohon Doa Orang Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa hari disahkan positif, pasangan Rody Kristal dan Niena Azman mengesahkan kesemua 12 ahli keluarga mereka turut dijangkiti wabak berkenaan.

Menurut gitaris kumpulan Kristal itu, anak kedua mereka, Barie Habibullah yang baru berusia 11 bulan turut disahkan dijangkiti virus tersebut dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh selepas mengalami demam panas dan muntah-muntah.

“Disebabkan itu, Barie dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh daripada Hospital Kajang. Malam tadi suhunya naik lagi, pernafasan juga nampak tak elok, jadi mereka (doktor dan jururawat) pasangkan nebulizer.

“Doktor bimbang juga keadaan semakin teruk tetapi Alhamdulillah jam 5 pagi tadi keadaannya semakin ok dan boleh tidur. Terima kasih doktor dan jururawat ambil tindakan cepat.

“Sedih lihat dia menangis,” kongsi Rody menerusi satu posting di Insta Story-nya.

“Doa kalian semua sangat kami hargai.. “

Niena Azman turut berkongsi perkara tersebut di akaun Instagramnya. Menurut penjaga gol futsal kebangsaan itu, anak sulungnya Adithya Jabbar turut disahkan positif bersama keluarga mereka yang lainya.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukurnya kerana 7 dari mereka tidak mengalami simptom yang teruk, malahan ibu dan ayah Rody juga masih lagi dalam kondisi yang baik.

“Kesemua ahli keluarga kami 12 orang didapati positif termasuk Adith (Adithya). Tetapi kami bersyukur, tujuh daripada kami tidak mengalami simptom yang teruk. Mak dan ayah ok lagi setakat ini.

“Adik Rody, Sella perlu menjalani pembedahan untuk melahirkan anaknya. Doktor kata risiko sebab dia positif. Harap Sella kuat, dia mengandung 36 minggu dan doakan semuanya selamat,” tulisnya.

Tinggal serumah sejak dua bulan lalu

Difahamkan Rody sebelum ini menjadi kontak rapat kepada adik iparnya yang disahkan positif Covid-19. Menerusi laporan mStar jangkitan tersebut berlaku disebabkan keluarga kecil Rody kini menetap sementara di rumah ibu bapanya sejak dua bulan lalu.

“Saya disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan pada semalam (Sabtu). Saya lakukan swab test selepas menjadi kontak rapat adik ipar yang juga disahkan positif.

“Dia sudah tiga hari alami demam dan bila buat swab test, keputusan positif. Adik saya dan anak mereka juga positif. Mereka sekeluarga memang duduk bersama ibu bapa saya.

“Kebetulan, kereta saya berada di bengkel selama hampir dua bulan sebab rosak. Jadi, saya tak ada kenderaan dan terpaksa menumpang rumah mak sebab nak pinjam kereta bapa bila ada kerja,” katanya dipetik dari mStar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.