fbpx
Now Reading
Gadis Nekad Jumpa Kekasih Online Game, Sanggup Jual Motosikal Bapa Tampung Tiket Penerbangan

Gadis Nekad Jumpa Kekasih Online Game, Sanggup Jual Motosikal Bapa Tampung Tiket Penerbangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sesetengah individu yang sedang dilamun cinta kadang kala sanggup untuk melakukan apa sahaja buat pasangan. 

Perkara ini boleh menjadi indah kerana terasa dihargai, namun ia juga boleh bertukar menjadi duka sekiranya kita tersilap langkah atau tiada effort yang setara daripada kedua-duanya.

Teman lelaki tak mahu berjumpa

Di Indonesia, seorang gadis dijumpai kebingungan selepas pasangannya tidak bercadang untuk memunculkan diri walaupun gadis itu nekad untuk berjumpa. Difahamkan, mereka berkenalan menerusi sebuah online game.

Apa yang mengejutkan, gadis itu telah menggunakan wang hasil jualan motosikal milik bapanya untuk menampung kos tiket penerbangan, seperti dipetik Tribun News.

Disebabkan lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya, dia kemudiannya terkandas di lapangan terbang tersebut sendirian.

Tiket penerbangan dibatalkan serta-merta

Menurut Pengurus Besar Eksekutif Bandara Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto berkata pihaknya terus membatalkan urusan penerbangan remaja tersebut setelah mengetahui tentang perkara itu.

Bercerita lebih lanjut, gadis itu mahu berjumpa dengan teman lelakinya buat pertama kali selepas 3 tahun bercinta. 

Foto: Tribun News

Bawa sejumlah wang tunai untuk diberi kepada kekasih

Dia juga mengaku membawa sejumlah wang di dalam beg miliknya sebelum mendapati jumlah keseluruhannya mencecah 20 juta rupiah (RM5,799) untuk diberikan kepada kekasihnya itu.

Namun hasratnya terbatal sekaligus menyebabkannya tiada hala tuju selepas pertemuan tersebut hanya berakhir dengan kekecewaan. Dia kemudian telah dijemput pulang oleh ahli keluarganya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.