fbpx
Now Reading
“Macam Burung Hantu”- Lelaki Ada Kebolehan Luar Biasa, Pusing Kepala 180 Darjah

“Macam Burung Hantu”- Lelaki Ada Kebolehan Luar Biasa, Pusing Kepala 180 Darjah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, viral sebuah video di laman sosial menunjukkan kebolehan luar biasa seorang lelaki yang boleh memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang.

Pusing kepala macam burung hantu

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @sheaabutt00 di laman TikTok, ia memaparkan seorang lelaki yang boleh memusingkan kepalanya seperti burung hantu.

Melalui video tersebut, lelaki berkenaan dilihat memegang dagunya menggunakan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi diletakkan pada bahagian belakang kepalanya.

Kemudian,  lelaki itu secara tiba-tiba memusing kepalanya ke belakang sehingga mencapai kira-kira 180 darjah.

Malah, dia turut membiarkan kepalanya berada dalam keadaan tersebut selama beberapa saat sebelum memusingkan kembali kepalanya ke hadapan.

@sheaabutt00

party trick! ##duet if you can do this

♬ Original sound – Sheabutt

Seorang doktor, Dr Simran Deo yang memaklumkan kepada LADbible bahawa memang terdapat orang yang berkebolehan melakukannya dan selamat kerana sendi hipermobile.

Boleh menyebabkan strok

Menurut doktor itu, perkara tersebut berlaku apabila otot, ligamen dan tendon lebih tegang yang bermaksud bahwa sendi lebih meregang. Namun, ianya bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan kerana boleh mengakibatkan strok.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di TikTok itu telah meraih sehingga 3.4 M views, 56.2 K likes dan 13.3 shares. Rata-rata warganet turut terkejut dan takut dengan tindakan lelaki tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.