Berikan Penalti Hingga Vietnam Menang, IG Pengadil Jepun Diserang Netizen Malaysia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan kekalahan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya di tangan pendahulu kumpulan, Vietnam dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, semalam (11 Jun) mengecewakan peminat bola sepak tempatan.
Lebih memeritkan apabila kekalahan tersebut hanya disebabkan kesilapan di belah pengadil yang menganugerahkan penalti ‘tak masuk akal’ kepada Vietnam sedangkan jelas tiada sentuhan dari tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan sebelum pemain lawan itun terjatuh.
Kena tolak ‘ant man’ ke?
‘Diserang’ peminat bola sepak tempatan
Ekoran dari kesilapan yang dilakukannya, netizen Malaysia khususnya penyokong Harimau Malaya yang tidak menunggu lama mula mencari maklumat pengadil dari Jepun tersebut, Ryuji Sato sebelum akhirnya menemui akaun Instagram miliknya.
Diserang dengan puluhan ribu komen
Menerusi satu posting terdahulu yang dimuat naik Sato di Instagram, boleh dilihat terdapat lebih 30,000 ribu komen yang dihantar oleh penyokong Harimau Malaya.
Namun majoriti komen tersebut berbaur kecaman dan rasa tidak puas hati mereka terhadap perlawanan yang diadili Sato.