Now Reading
Isu Bayi Tertukar : Kedua-dua Ibu Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang

Isu Bayi Tertukar : Kedua-dua Ibu Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas dikejutkan denggan insiden dua bayi yang baru dilahirkan mereka bertukar sesama sendiri, dua wanita terlibat iaitu Siti Suriani dan Diana Hanani bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi laporan Harian Metro, Siti Suriani menyuarakan rasa kecewanya kepada pihak hospital kerana tidak membuat pemeriksaan teliti sehingga telah menyerahkan bayinya kepada pasangan lain.

Jelasnya dia  bimbangkan kesihatan bayi baru dilahirkan itu yang dibawa keluar dalam tempoh kurang 12 jam.

Foto : FB Siti Jamumall

“Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital. Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Beliau yang terkejut bagaimanapun bersyukur bayinya dijaga oleh pasangan yang baik.

Perkara sama turut diluahkan Diana, yang juga kecewa dengan insiden tersebut sehingga menyebabkan emosinya terganggu.

Jelasnya dia melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan telah mendapat pelepasan untuk pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

“Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak hospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.

“Kami terus ke hospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh emosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama untuk tindakan susulan

Kisah mereka mula tular selepas Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall tampil menerusi satu perkongsian Facebook Live menceritakan apa yang terjadi kepada orang ramai.

Baca artikel berkaitan :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.