fbpx
Now Reading
Bagai Dapat Nyawa Kedua, Lelaki Terselamat Selepas Ditelan Ikan Paus Gergasi

Bagai Dapat Nyawa Kedua, Lelaki Terselamat Selepas Ditelan Ikan Paus Gergasi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

‘Berpantang maut sebelum ajal’, itulah nasib seorang lelaki yang terselamat apabila berdepan detik cemas ditelan seekor ikan paus gergasi di Amerika Syarikat.

Didalam kejadian di pinggir laut Provincetown, Massachusett itu, Michael Packard seorang nelayan atau lebih tepatnya seorang penyelam dan penangkap udang galah difahamkan sedang mengutip udang galah sebelum dia tiba-tiba ditelan seorang ikan paus jenis Humpback whale.

Namun nasibnya benar-benar baik, tidak sampai 40 saat duduk didalam mulut Ikan Paus Kelasa tersebut, Packard bagai mendapat nyawa kedua apabila paus tersebut memuntahkannya kembali.

Keadaan tiba-tiba gelap

Menurut Packard, dia pada mulanya terkejut selepas keadaannya di sekelilingnya tiba-tiba menjadi gelap. Menyangkakan dia telah ditelan jerung putih, Parkard bagaimanapun berasa musykil kerana tidak dapat merasakan sebarang gigi tajam di sekeliling badannya.

“Saya sedang menyelam sedalam 45 kaki kedalam air sebelum saya terlanggar sesuatu dan keadan sekeliling secara tiba-tiba menjadi gelap. katanya kepada WBZ-TV.

Sebagai seorang yang sudah lama hidup di lautan, dia yang lengkap dengan gas tangki oksiden mula menyedari yang dia sebenarnya berada didalam perut seekor ikan paus gergasi.

Paus cuba menelan

Jelasnya lagi didalam kegelapan tersebut dia merasakan badannya sedang bergerak perlahan-perlahan seolah sedang ditelan oleh paus berkenaan.

“Saya dapat merasakan paus tersebut cuba menelan saya dan saya sedang bergerak perlahan-lahan dalam perutnya.

“Waktu tu saya hanya membayangkan yang sudah tiba masanya untuk saya mati,” katanya lagi.

Namun selepas cubaannya untuk ‘menghadam’ Packard gagal, paus berkenaan telah naik ke permukaan air dan bertindak memuntahkan hidangannya itu.

Rakannya, Josiah Mayo yang menyaksikan kejadian berkenaan pada mulanya tergamam sebelum meluru menarik Packard masuh ke dalam bot.

Dia kemudian bergegas menghantar rakannya ke sebuah pusat perubatan berhampiran dan dirawat akibat kerosakan tisu lembut pada kakitnya. Namun mengejutkan apabila dia tidak mengalami sebarang patah tulang atau sebarang kecederaan serius.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.