fbpx
Now Reading
Gadis Kongsi Gelagat Ayah Main Hide & Seek Dengan Kucing Undang Tawa Ramai

Gadis Kongsi Gelagat Ayah Main Hide & Seek Dengan Kucing Undang Tawa Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang bukan sahaja comel, tetapi banyak aksi mereka
yang sangat lucu dan boleh menghiburkan hati tuan yang menjaganya.

Malah, individu yang takut kucing pun boleh terhibur melihat kecomelan telatah mereka.

Rakam gelagat ayah main dengan kucing

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama, dia merakam gelagat si ayah dan
kucing peliharaan mereka bermain di dalam rumah.

Difahamkan, ayahnya sebelum ini tidak pernah menyukai kucing oleh kerana penjagaannya
yang agak payah. Namun, dia bersetuju untuk membela seekor kucing di dalam rumah.

Dalam video berkenaan, ayahnya kelihatan sedang bermain sorok-sorok bersama kucing
peliharaan mereka.

Apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi kucing kucing itu yang terkejut selepas
ayahnya menyergah dari belakang. Gelagat mereka berdua sangat mencuit hati sehingga
mengundang dekah ramai.

@hirothemunchkin

"yg katanya g suka kucing" papa edition part 2 ##kucing ##kucinglucu ##munchkin ##fyp ##foryoupage ##cutecat ##voiceeffects

♬ original sound – Iyuz misterius

Kucing terkejut selepas disergah

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi
kucing itu yang terkejut apabila disergah ayah gadis itu.

Bahkan, ada juga yang berkongsi pengalaman mengenai ibubapa mereka yang pada
awalnya tidak menyukai kucing, tetapi kemudian mereka lah yang paling rapat setelah
membela haiwan itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang viral di TikTok itu telah meraih 851.1 views, 109.3
likes dan 690 comments di TikTok.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.