fbpx
Now Reading
“Izinkan Saya..” – TMJ Tawar Diri Untuk Uruskan Pasukan Harimau Malaya

“Izinkan Saya..” – TMJ Tawar Diri Untuk Uruskan Pasukan Harimau Malaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apa yang berlaku sewaktu di kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak dinafikan membimbangkan peminat bola sepak tempatan.

Malah prestasi hambar Harimau Malaya itu turut mendapat perhatian pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Peka dengan isu tersebut Tengku Makhota Johor (TM) menerusi beberapa perkongsian di IG Storynya menawarkan diri untuk menguruskan skuad kebangsaan dalam saingan antarabangsa selepas ini.

“Kepada Presiden FAM, benarkan saya untuk menguruskan pemain dalam pasukan kebangsaan. Saya akan memberi mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak dapat menjanjikan kejayaan segera, tetapi saya dapat memberi jaminan pasukan ini akan meningkat,” katanya di dalam status IG Story tersebut.

Menurut TMJ lagi, selain itu terdapat beberapa perkara yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan prestasi mereka meskipun ramai yang mulanya beranggapan pasukan kita ketika ini adalah antara yang terbaik dengan kehadiran beberapa tonggak naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula, dan Liridon Krasniqit.

Jelas baginda lagi, semua itu boleh diselesaikan dengan kepimpinan. Malah menurut bekas Presiden FAM itu lagi, sekiranya diberi peluang dia akan menggunakan mekanisme sama sama yang dilaksanakan di JDT antaranya dengan mengawal interaksi pemain dengan dunia luar.

Kawal akses pemain dengan dunia luar

“Anda ingin tahu apakah perkara pertama yang saya buat di JDT? Saya mengawal akses pemain di dalam pasukan.

“Dari media, wartawan, syarikat, dan juga pemain menggunakan media sosial,” kata Tunku Ismail lagi.

Foto : IG Tunku Ismail

Bukan bawa misi negara, hanya seperti percutian musim panas

Tambahnya, ada segelintir yang menyarus jersi pasukan kebangsaan namun tidak dengan hati yang penuh sebaliknya melakukan trip tersebut seumpama percutian panas.

Malah jika diberi peluang beliau akan memastikan pengambilan pemain naturalisasi diperketatkan supaya hanya yang terbaik sahaja dibenarkan menyarung jersi Malaysia.

“Apa yang terjadi hari ini, tugas menggalas misi nega bukan lagi misi buat sesetengah orang sebaliknya ia hanya seperti percutian musim panas, sistem perlu di ubah.

“Lepas ini naturalisasi jangan sebarang sebarang. Akan dikendalikan dan dianalisis oleh pasukan teknikal pasukan kebangsaan. Sama ada pemain sesuai dengan gaya permainan kita

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.