fbpx
Now Reading
Leher Ditebuk & Rahim Terpaksa Dibuang, Pengorbanan Ibu Lahirkan Anak Dikagumi Netizen

Leher Ditebuk & Rahim Terpaksa Dibuang, Pengorbanan Ibu Lahirkan Anak Dikagumi Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengalaman melahirkan anak pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap wanita. Namun, pengalaman itulah yang memberi makna hidup dan membuatkan wanita lebih mensyukuri nikmat kehidupan pada hari ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna bernama @ellysshafatiemah di laman TikTok, ia menceritakan kisah semasa wanita berkenaan melahirkan anak pertamanya.

Air ketuban termasuk ke saluran darah

Dalam video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Szry Ertyqa memberitahu dia berdepan dengan pelbagai komplikasi berpunca daripada air ketuban yang termasuk sedikit ke dalam saluran darahnya semasa proses melahirkan bayi.

Dipindahkan ke Hospital Serdang

Ertyqa menceritakan dia dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur kerana pihak hospital itu tersilap memasukkan wayar di leher sehingga terpaksa merujuk pakar di Hospital Serdang. Selepas selesai pembedahan, dia telah dibawa ke Hospital Tengku Azizah.

Ditebuk leher kerana tangan sudah lebam

Wanita itu turut menunjukkan kedua-dua lengannya yang bengkak dan penuh dengan lebam kesan daripada cucuk darah.  Bahkan, turut kelihatan parut pembedahan di bahagian lehernya dan perut.

Foto: TikTok

Difahamkan doktor terpaksa menebuk bahagian lehernya untuk memasukkan darah kerana kedua-dua tangan sudah terlalu penuh dengan lebam.

Rahim turut dibuang

@ellysshafatiemah

Tq @nuramanda85 orang pertama sedar kehilangan ak😘😘😘..Full story dekat page saya. ##wanitatanparahim ##peluangke2 ##icu ##aicu ##cicu

♬ Izinkan – Thomas Arya & Iqa Nizam

Lebih menyedihkan, Szry Ertyqa turut memaklumkan bahawa rahimnya telah dibuang. Sebelum doktor memberitahu perkara itu, dia sudah dapat menjangka kerana terdapat jahitan menegak dan melintang kesan dari pembedahan czer.

Wanita berkenaan dengan merendah diri mengizinkan suaminya untuk berkahwin lain andai mahu mendapatkan zuriat lagi kerana  dia sudah tidak mempunyai rahim lagi.

Foto: TikTok

Akan tetapi, suami Szry Ertyqa tetap setia menemaninya dan menjaganya sepanjang tempoh itu. Wanita itu juga dipercayai sudah beransur pulih dan bayi yang dilahirkan dan diberi nama Errysha itu sudah pun berusia 3 bulan.

Foto: TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu kagum dan memuji ketabahan yang dimiliki Ezry Ertyqa. Malah, warganet turut mendoakan agar wanita berkenaan diberi kesihatan yang baik dan akan memperoleh zuriat lagi pada masa akan datang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.