“Tak Sangka Ia Wujud”- Misteri Rakaman Kerangka Ular Gergasi Melalui Google Earth Terungkai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dengan menggunakan aplikasi Google Earth, sesiapa sahaja boleh ‘melihat’ ke serata dunia hanya menggunakan peranti di hujung jari. Malah, terdapat banyak misteri yang dapat dirungkai dengan hanya menggunakan aplikasi tersebut.
Baru-baru ini, viral sebuah video yang dikongsi oleh @hidden.onearth di laman TikTok. Ia memaparkan sebuah rakaman objek misteri yang dilihat dari satelit Google di tepi pantai.
Dalam video tersebut, ia telah difokuskan dan di zoom pada sebuah lokasi persisiran pantai di atas peta yang dipercayai di dalam Perancis.
Kerangka ular gergasi
Selepas diamati, kelihatan jelas bentuk seperti kerangka ular gergasi yang melingkar di persisiran pantai berkenaan.
Bahkan, video yang telah meraih lebih 2 juta tontonan itu turut memaparkan bahagian yang lengkap daripada kepala serta tulang belulang yang panjang kerangka tersebut sehingga dapat dilihat dengan jelas dari satelit.
Arca Serpent D’ocean
Rupa-rupanya, objek yang disangka kerangka ular berkenaan adalah merupakan arca ular gergasi yang telah diberi nama Serpent D’ocean.
Arca yang terletak di Plage, Perancis itu merupakan hasil karya seorang seniman kelahiran China, Yong Ping yang popular pada tahun 1980-an.
Yong Ping berpindah ke Perancis pada tahun 1989 selepas banyak karyanya telah disekat kerajaan China. Hal ini kerana kerajaan China menganggap karya Yong Ping yang bertemakan unsur Timur-Barat adalah tidak selari dengan politik tempatan. Yong Ping akhirnya menjadi rakyat negara berkenaan.
Lambang simbol misteri
Menurut sumber, seniman itu memilih haiwan berkenaan kerana ia melambangkan simbol misteri, ketajaman dan keganasan sebagai subjek arca seni gergasinya itu.
Apa yang lebih menarik adalah arca itu telah dihasilkan sepenuhnya menggunakan aluminium ia mempunyai saiz sepanjang 13 meter. Reka bentuknya juga diinspirasikan oleh jambatan jambatan Saint-Nazaire iaitu jambatan terdekat di kawasan tersebut.
This is scary 😳 #Bossit2021 #googleearth #hiddenongoogleearth #streetview #googlemaps #scary #viral #funny #horror #lol♬ original sound – sk1ttle