fbpx
Now Reading
“Terus Hilang…” – Video Kereta Lesap Selepas Masuk Lubang Dipenuhi Air Buat Ramai Kecut Perut

“Terus Hilang…” – Video Kereta Lesap Selepas Masuk Lubang Dipenuhi Air Buat Ramai Kecut Perut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar April lalu media tempatan ada melaporkan mengenai insiden dua buah kenderaan yang rosak selepas terjatuh ke dalam sebuah lubang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab di Temerloh, Pahang.

Terbaru satu insiden sama turut tular di media sosial namun kali ini situasinya dilihat lebih mengerikan apabila sebuah kereta dilihat lesap hanya dalam beberapa saat selepas terperosok ke dalam sebuah lubang yang dipenuhi air.

Ada orang ke tak tu?

Menerusi video tersebut, kenderaan berkenaan yang berada di kawasan sebuah parkir dilihat tenggelam selepas ia terbenam ke depan secara perlahan-lahan ke dalam sebuah lubang di bahagian bawah kereta tersebut.

Namun hanya dalam beberapa saat kesemua bahagian kereta tersebut lesap selepas belakang kereta berkenaan turut terbenam ke dalam lubang berair tersebut.

Ramai yang tertanya-tanya adakah terdapat mangsa didalamnya memandangkan lampu brek pada kenderaan tersebut dilihat menyala selain keadaan lubang berkenaan yang dilihat begitu sempit dan hanya muat-muat dengan kenderaan tersebut yang pasti menyukarkan misi menyelamat sekiranya ada mangsa di dalamnya.

“Fuhh! Ini lagi seram dari jatuh dalam laut atau sungai” kata seorang netizen.

“Macam mana kalau ada orang terutamanya budak terkunci didalam tu” tanya seorang dari mereka.

“Boleh jadi trauma seumur hidup kalau berlaku depan mata dan tau ada orang dalam kereta tu.” kata seorang lagi netizen.

Kejadian berlaku di India & tiada mangsa didalamnya

Namun difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaponkan. Di dalam kejadian yang berlaku di Ghatkopar, Mumbai, India itu, kerea berkenaan sebenarnya sedang diletakkan di tapak parkir tersebut .

Malah pemilik kenderaan berkenaan,  Dr Kiran Doshi, difahamkan adalah individu yang bertanggungjawab merakam video sewaktu kenderaan miliknya lesap ditelan lubang berkenaan .

Menurut laporan NDTV, kejadian tersebut berlaku selepas hujan lebat melanda kawasan berkenaan pada jam sekitar 830 pagi pada hari Ahad, 13 Jun 2021.

Difahamkan hujan yang berterusan selama beberapa hari menyebabkan tapak parkir tersebut tersebut dengan tiba-tiba merekah pada awal pagi Ahad sehingga menjadi lubang.

Malah curahan hujan monsun tersebut menyebabkan tasik berhampirkan dilimpahi air sehingga menenggelamkan banyak kawasan.

“Kami ada kenderaan lain di kawasan tersebut dan lelaki yang membersihkannya memberi amaran kepada kami.

“Bila keluar sahaja ke jalan, kami dapati kenderaaan tersebut tenggelam betul-betul di hadapan mata kami.” kata pemilik kenderaan itu lagi.

Dulu merupakan tapak telaga yang kini diubah menjadi tapak parkir

Menurut laporan sama, lokasi tersebut sebenarnya merupakan tapak sebuah telaga yang sudah berusia lebih 100 tahun .

Telaga dengan kedalaman sekitar 30 kaki itu bagaimanapun telah ditutup sebelum diubah menjadi tapak parkir.

Foto : Indian Express

Kereta tersebut bagaimanapun akhirnya berjaya dibawa keluar selepas pemiliknya dan mereka di kawasan kejiranan memanggil kontraktor untuk menariknya keluar menggunakan kren sebaik berjaya menyedut air keluar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.