fbpx
Now Reading
Ubat Rindu Bertugas Di Awan Biru, Kru Kabin Turun Padang Jadi Sukarelawan Pemberian Vaksin

Ubat Rindu Bertugas Di Awan Biru, Kru Kabin Turun Padang Jadi Sukarelawan Pemberian Vaksin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai yang merindukan suasana berada di lapangan terbang dan mendengar announcement panggilan menaiki pesawat untuk terbang jauh dan melancong ke luar negara.

Agak menyedihkan apabila menyedari tahun ini merupakan tahun kedua kita tak dapat bercuti ke mana-mana negara disebabkan oleh situasi pandemik yang sedang dialami.

Untuk mengubat perasaan rindu ini, kru kabin syarikat penerbangan AirAsia telah turun padang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk memulakan tugas sebagai sukarelawan.

Menerusi sebuah kenyataan, Nurul Tiara Rosli, 30 berpendapat usaha murni tersebut telah menjadikannya teruja kerana rindu untuk bertugas di awan biru, walaupun situasi kali ini cukup berbeza, seperti dipetik mStar.

“Ini merupakan tahun ketujuh saya bertugas sebagai kru kabin. Sejak pandemik Covid-19, terlalu banyak perubahan yang berlaku.

“Kini, saya hanya terlibat dengan satu atau dua penerbangan saja dalam sebulan. Kali terakhir bertugas pun pada 27 Mei lalu.

Foto Tiara & Suhairi: mStar

“Bila dapat tahu mengenai program ini, saya jadi teruja. Saya boleh pakai uniform, jumpa orang ramai dan buat kerja macam dalam penerbangan.

“Cuma kali ini ia berbeza, kami bukan dalam pesawat tapi di PPV.”

Tambahnya lagi, dia turut merasa sedikit sebak kerana ada pengunjung yang meluahkan rasa rindu untuk melihat kru kabin bertugas di dalam pesawat.

Seorang kru kabin lain, Mohd Suhairi Zakaria, 30 turut mengungkapkan rasa gembira kerana dapat kembali bertugas untuk orang ramai menerusi program itu.

Foto: mStar

“Teruja sebab dah lama tak jumpa orang. Dulu setiap hari kita berhadapan dengan penumpang pesawat.

“PPV dah jadi macam airport. Kalau diberi peluang dan giliran lagi pada masa akan datang, sudah tentu saya mahu sertai lagi.”

Tiara dan Suhairi merupakan sebahagian daripada 300 kakitangan AirAsia dikenali sebagai Allstars daripada pelbagai jabatan yang bertugas untuk program ini.

Foto: Twitter AirAsia
Foto: Twitter AirAsia

Ianya telah bermula pada Selasa lalu di PPV Pusat Konvensyen Setia City dan diikuti PPV Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.