fbpx
Now Reading
“Macam Burung Puyuh!”- Diva AA Berang Saiz Ayam KFC Kelihatan Makin Kecil

“Macam Burung Puyuh!”- Diva AA Berang Saiz Ayam KFC Kelihatan Makin Kecil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang diketahui ramai, selebriti sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sememangnya terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara terhadap mana-mana pihak dalam Malaysia.

Baru-baru ini,  Diva AA meluahkan rasa kecewa terhadap restoran makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC) apabila ayam yang dibeli kelihatan semakin kecil dari sebelum ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Diva AA di laman Twitter, pengacara terkenal berkenaan berkata dia tidak menyangka saiz bahagian peha ayam itu kelihatan semakin kecil.

Malah, dia turut menyamakan ayam KFC itu dengan saiz seekor burung puyuh.

Dah macam burung puyuh dah. So to KFC, kot ya pun kau nak untung, kot ya pun kau tak ada stock ketul ayam-ayam yang besar, kau jangan jual KFC lah!

Foto: Twitter

Video berdurasi 44 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga mencecah 100K views serta 4K likes daripada warganet di aplikasi Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pelakon dan pengacara tersohor itu.

Bahkan, ramai juga yang turut membandingkan saiz ayam KFC dengan beberapa jenama restoran makanan segera lain yang kelihatan lebih besar dan berpatutan.

Foto: Twitter
Foto: Twitter

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.