fbpx
Now Reading
“Mungkin Dah Expired”- Rakaman Gelas Kaca Pecah Sendiri Buat Netizen Seram

“Mungkin Dah Expired”- Rakaman Gelas Kaca Pecah Sendiri Buat Netizen Seram

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja yang tidak meremang bulu roma jika bercakap mengenai ‘makhluk halus’ ataupun insiden yang seram bukan? Apatah lagi, jika seseorang itu pernah’diganggu’ di rumah sendiri.

Perkara tersebut sama seperti beberapa orang lelaki yang mengalami detik menyeramkan semasa mereka sedang berehat di rumah sewa.

Sedang berehar di ruang tamu

Menerusi perkongsian video oleh seorang pemuda bernama Ahmad Syazwan di laman TikTok, ia menunjukkan situasi di mana seorang dia dan rakannya sedang berehat dan bersantai di ruang tamu.

Gelas kaca pecah

Foto: TikTok

Tiba-tiba kedengaran bunyi kaca pecah yang dipercayai datang daripada bahagian dapur. Lalu, lelaki itu rakan-rakannya yang lain bergegas ke dapur dan mendapati gelas kacanya sudah pecah.

Menurut pemuda yang mesra disapa Syazwan  itu, mereka tidak terkejut kerana ia merupakan kejadian yang ketiga berlaku selepas dua kejadian yang sama pernah berlaku sebelum ini. Jadi, mereka mengganggap perkara ini adalah perkara yang biasa.

Foto: TikTok

Malah, sebelum ini terdapat insiden gelas yang pecah beberapa saat sebaik sahaja digunakan oleh kawannya.

Pemuda berusia 29 tahun itu turut berkata dia tidak mahu mengaitkan kejadian yang berlaku sebagai perkara mistik dan cuba bersangka baik sahaja.

@ahmadsyazwann

Normal ke benda macam ni jadi ? #fyp #fypシ #seram

♬ original sound – Ahmad Syazwan

Dijangka telah expired

Katanya, mungkin gelas kaca itu sudah expired, sebab itu lama-lama ia pecah. Apatah lagi, musim lockdown mereka banyak duduk di rumah dan menggunakan gelas-gelas tersebut.

Dalam pada itu. Syazwan memberitahu selepas video gelas kaca itu menjadi viral,  jirannya turut memaklumkan gelas di rumahnya turut pecah secara tiba-tiba.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2.6M views, 230K likes dan 7.6K comments di TikTok. Rata-rata netizen juga berasa seram dan meremang bulu roma dengan kejadian tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.