fbpx
Now Reading
Bercadang Kekalkan Tradisi Keluarga, Pereka Laman Web Beri Nama Anak ‘HTML’

Bercadang Kekalkan Tradisi Keluarga, Pereka Laman Web Beri Nama Anak ‘HTML’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekarang ini ibu bapa sangat gemar untuk berikan nama yang unik buat anak-anak mereka, berkemungkinan disebabkan rasa teruja? 

Boleh jadi juga ia berpunca daripada ibu bapa yang hidup dengan gaya moden dan mereka lebih berminat untuk memberi nama lain daripada biasa.

Situasi ini dapat dikaitkan dengan seorang pereka laman web ini yang telah memilih nama cukup berbeza dan berkemungkinan besar tidak pernah digunakan oleh siapapun.

Bayi itu telah dinamakan Hypertext Mark-up Language Rayo Pascual.

Foto: FB Sincerely Pascual

Menurut sebuah kenyataan, cahaya mata lelakinya yang lebih dikenali sebagai HTML dilahirkan di Filipina dan dirinya sendiri, Mac Pascual berkata nama unik itu diberi untuk mengekalkan tradisi keluarga, seperti dipetik The Mirror.

Bayi itu dilahirkan dengan berat 2.25 kg di Hospital Bulacan Medical Mission Group Cooperative, Filipina.

Foto: FB Salie Rayo Pascual

Pada 2014, lelaki itu dan adik perempuannya pernah mendapat liputan media disebabkan oleh keunikan nama mereka yang diambil daripada makanan.

Mac adalah singkatan untuk Macaroni ‘85’, manakala adik perempuannya pula dinamakan Spaghetti ‘88’. Nombor pada nama kedua-duanya merupakan tahun kelahiran mereka.

Foto: FB Salie Rayo Pascual

Ujarnya lagi, Spaghetti mempunyai dua orang anak bernama ‘Cheese Pimiento’ dan ‘Parmesan Cheese’, yang lebih selesa dipanggil ‘Chippy’ dan Peewee.

Kisah menarik ini telah dikongsi oleh ahli keluarganya, Sincerely Pascual di Facebook yang sangat teruja dengan kelahiran bayi itu.

Walaubagaimanapun, sebahagian netizen tidak bersetuju dengan nama yang diberi. Tetapi ada juga yang berseloroh mencadangkan akronim coding yang lain sekiranya dia dikurniakan anak lagi selepas ini.

Kredit Foto: FB Salie Rayo Pascual

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.