fbpx
Now Reading
Selepas Insiden Ronaldo & Botol Coca Cola, Kini Pogba Pula Alihkan Botol Heineken Sewaktu Sidang Media [Video]

Selepas Insiden Ronaldo & Botol Coca Cola, Kini Pogba Pula Alihkan Botol Heineken Sewaktu Sidang Media [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menjadi sebutan orang ramai selepas tular video memperlihatkan bintang tersebut mengalihkan botol air soda jenama Coca Cola agar jauh dari pandangan kamera.

Dia kemudian menyebut ‘Aqua’ iaitu air didalam bahasa portugis seolah memberi nasihat kepada para media agar meminum air kosong sahaja sewaktu menghadiri sidang media pra-perlawanan diantara Hungary menentang Portugal dalan saingan Euro 2020.

Yang menariknya tidak sampai 24 jam, bintang Perancis, Paul Pogba pula mencuri tumpuan apabila melakukan aksi hampir sama.

Tapi yang membezakan kali ini ialah Pogba mengalihkan botok berisi arak berjenama Heineken.

Difahamkan bintang Perancis dan Manchester United itu mengalihkan botol Heineken berkenaan yang diletakkan di atas meja sambil disaksikan petugas media yang sedang bersiap sedia untuk sidang media sebaik Perancis menewaskan pasukan Jerman di Munich’s Allianz Stadium, Munich, Bacaria.

Namun jika Ronaldo dilihat mengalihkannya ke tepi Pogba pula memilih meletakkan terus botol arak berkenaan di bawah meja sehingga agar tidak kelihatan oleh kamera.

Sebagai rekod, Heineken adalah penaja rasmi bir untuk Euro 2020.

Tonton video di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.