fbpx
Now Reading
Tertekan Tiada Pekerjaan & Hidup Susah, Lelaki Cuba Terjun Tingkat 11

Tertekan Tiada Pekerjaan & Hidup Susah, Lelaki Cuba Terjun Tingkat 11

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1404746628678914052

Tekanan perasaan akibat hilang pekerjaan dan punca pendapatan boleh menjadi salah satu punca seseorang itu hilang semangat untuk meneruskan kehidupan.

Sama seperti kisah yang viral baru-baru ini di media sosial berkenaan rakaman video seorang lelaki yang cuba membunuh diri akibat tekanan emosi.

Foto: Twitter

Terjun tingkat 11

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berkenaan dipercayai cuba terjun dari tingkat 11 bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Difahamkan, lelaki berusia 25 tahun itu telah berjaya diselamatkan orang awam selepas melihat individu tersebut panjat dan keluar dari tingkap kediaman berkenaan.

Tiada pekerjaan dan sebatang kara

Melalui sumber daripada video-video yang viral, lelaki itu dipercayai memutuskan untuk membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi setelah tiada pekerjaan dan hidup sebatang kara.

Foto: Twitter

Pemuda yang berasal dari Ipoh, Perak itu juga menumpang dirumah kawannya yang terletak di PPR tersebut sebelum mengambil tindakan mahu terjun dari bangunan berkenaan.

Menurut laporan, lelaki terbabit telah dibawa ke Balai Polis Jinjang dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.