Tinggal Tak Sampai Seminit, Wanita Cemas Anak Nyaris Lemas Dalam Baldi
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Isu keselamatan anak-anak adalah perkara yang sepatutnya dititik-beratkan oleh semua ibu bapa.
Sebab itulah ibu bapa harus peka dengan sesuatu keadaan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Hampir lemas di bilik mandi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Dyla Adnan di laman Facebook, dia menceritakan pengalaman mencemaskan apabila anak perempuannya hampir lemas sewaktu di bilik mandi.
Menurutnya, insiden itu berlaku semasa dia pergi menutup pintu rumah dan meninggalkan anaknya yang berumur setahun itu di dalam tandas tingkat atas rumahnya.
Semasa suaminya bertanyakan tentang anak mereka, Dyla mengatakan anaknya sedang mandi di tandas.
Akan tetapi, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati anaknya yang ditinggalkan tidak sampai seminit itu sudah terlangkup di dalam baldi yang berisi air.
Nak jadikan cerita akunak tutup pintu rumah. Then, suami aku balik, dia cakap anak-anak mana. Aku cakap dalam toilet. Sekelip mata seminit pun tak sampai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air.
Buat CPR secepat mungkin
Wanita itu lantas menjerit sekuat hati untuk memanggil suaminya sebelum suaminya datang dan menggoncangkan anaknya beberapa kali untuk menyedarkan dia. Si ibu turut melakukan bantuan kecemasan (CPR).
Setelah beberapa kali cubaan, anaknya akhirnya sedarkan diri dengan memuntahkan semula air yang ditelan itu dan kembali bernafas secara normal. Namun, mereka berdua masih merujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Aku memang panik tapi aku terus buat CPR kat anak aku. Aku tekan dada dia guna dua jari lepas CPR. Anak aku muntah lepas tu. Aku tetap buat benda sama dan tepuk-tepuk belakang dia…
Lepas tu terus pergi hospital. Asalkan dia dah bernafas tapi kalau kitorang tak buat CPR dan terus pergi je hospital mungkin anak aku dah tak ada. Alhamdulillah Allah panjangkan umurnya.
Trauma ke tandas
Dyla mengucapkan syukur dan lega apabila anaknya sudah berjaya diselamatkan. Walaupun peristiwa getir itu sudah berlaku, wanita tersebut mengakui masih trauma untuk ke tandas kerana ia akan mengingatkan tentang tragedi anaknya lemas.
Peka dan awasi anak
Malah, Dyla turut mengingatkan supaya ibubapa di luar sana agar sentiasa memantau dan awasi pergerakan anak-anak terutamanya ketika di dalam bilik mandi.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran untuk ibubapa dan orang ramai agar tidak cuai dalam penjagaan anak-anak yang masih kecil.