fbpx
Now Reading
Tular Isu Peranti Terbakar Sewaktu Sesi PdPR, Ini Respon YES 4G

Tular Isu Peranti Terbakar Sewaktu Sesi PdPR, Ini Respon YES 4G

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu perkongsian seorang wanita mengenai peranti yang digunakan anak saudaranya terbakar secara tiba-tiba sewaktu sedang menjalani sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Namun nasib masih menyebelahi anak saudaranya itu memandangkan wanita berkenaan, Suriani Abdul Ghani kebetulan turut berada di rumah sewaktu peranti jenama Yes Altitude 3 itu terbakar dipercayai sekitar 9 pagi di rumah mereka di Gombak, Selangor.

Malah menerusi laporan Malaysiakini, Surian berkata peranti berkenaan juga tidak dicas sewaktu insiden berlaku.

Baca artikel berkaitan : Murid Terkejut, Telefon Pintar Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Yes4G sedang menyiasat isu berkenaan.

Terbaru, YTL Communications Sdn Bhd pemilik jenama Yes 4G telah menghubungi Buzzkini dan tampil menjelaskan isu tersebut.

Menerusi kenyataan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee memaklumkan pihaknya sudahpun menghubungi Suryani bagi menyiasat insiden tersebut.

Suriani minta hubungi adiknya selaku penerima peranti

Memandangkan peranti berkenaan bukan miliknya, wanita tersebut bagaimanapun mencadangkan pihak Yes untuk menghubungi adik lelakinya selaku penerima sah bagi peranti Altitude 3 berkenaan.

Namun setakat kenyataan media tersebut dikeluarkan, wakil dari syarikat mereka masih gagal menghubungi adik lelakinya malah tidak mendapat maklumbalas lanjut dari wanita tersebut.

Mereka bagaimanapun akan meneruskan usaha untuk mengubungi pelanggan mereka itu.

We had, immediately upon being alerted of the post, contacted Puan Suryani in order to carry out an investigation as to the incident. She advised that as the phone is not hers, we should contact her brother who is the recipient of the phone. We have at the time of this statement, been unable to contact him nor received any further communication from Puan Suryani or her brother. We are continuing in our efforts to contact the customer.

Tidak pernah terima laporan membabitkan insiden sama

Mengulas lebih lanjut, Wing menjelaskan peranti berkenaan dibangunkan hasil usahasama YES dan China Mobile, syarikat telekomunikasi mudah alih terbesar di dunia bagi tujuan pendidikan.

Malah peranti berkenaan juga adalah model sama dengan peranti yang diedarkan Yayasan Foundation secara percuma kepada lebih 100,000 keluarga B40 dibawah Program Yes Prihatin Belajar Dari Rumah yang sudah dimulakan sejak PKP 1 tahun lalu.

Namun mereka tidak pernah menerima sebarang laporan membabitkan isu keselamatan membabitkan model peranti tersebut.

Malahan China Mobile juga mengesahkan mereka telah menggunakan bateri dari jenis yang sama sejak 2018 keatas lebih 4.5 juta peranti di seluruh dunia.

Dengan kenyataan tersebut, ini bermakna kejadian yang berlaku di Gombak tersebut adalah pertama kali membabitkan peranti berkenaan.

We have had no reports of any incident of safety relating to the phone. China Mobile has confirmed that the same battery used in this phone has been in production since 2018 and more than 4.5 million units have been shipped globally without any reported incident of this natur

Tambahnya bagi program Jaringan Prihatin, YES menawarkan dua pakej iaitu :

1. YES Prihatin Belajar dari rumah (keluarga) yang menawarkan peranti Android YES dengan 30GB data setiap bulan selama 12 bulan; dan

2. YES Prihatin Belajar dari rumah (individu) yang menawarkan peranti Android YES dengan 15GB data setiap bulan selama 12 bulan

Kesemua pilihan ini ditawarkan tanpa deposit, tanpa kontrak dan tiada bayaran dengan sokongan Yayasan YTL untuk membantu keluarga B40 yang tidak mampu tetapi mempunyai anak yang bersekolah untuk terus berhubung dan belajar dari rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.