fbpx
Now Reading
Video Tular Ronaldo Alihkan Botol Ketepi Buatkan Saham Coca Cola Jatuh 1.6% & Hilang RM16.4 Bilion

Video Tular Ronaldo Alihkan Botol Ketepi Buatkan Saham Coca Cola Jatuh 1.6% & Hilang RM16.4 Bilion

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana penularan satu video memperlihatkan bintang Portugal Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol air Coca Cola ketepi sebelum bermulanya satu sidang media semalam telah menyebabkan saham syarikat minuman tersebut merudum.

Menerusi laporan portal Marca, saham Coca-Cola mengalami penurunan sebanyak 1.6% atau US$ 4 Bilion(RM16.4 bilion) dimana ia pada mulanya bernilai US$ 242 bilion namun didakwa turun menjadi $ 238 bilion selepas sidang media selesai.

Difahamkan saham syarikat tersebut sewaktu di buka pada pukul 3 petang adalah pada AS$56.10 (RM231), namun ianya menurun kepada AS$55.22 (RM227.39 sen) seunit tidak sampai 30 min insiden tersebut terjadi.

Terdahulu nama Ronaldo menjadi sebutan di media sosial selepas penularan video bintang bola sepak tersebut dilihat mengalihkan dua botol air Coca-Cola yang terletak dihadapannya dan menggantikan dengan sebotol air mineral sewaktu menghadiri sidang media pra-perlawanan diantara Hungary menentang Portugal dalan saingan Euro 2020.

Dia juga kemudiannya menyebut perkataaan ‘Aqua!’ yang bermaksud air sebagai nasihat kepada para media agar meminum air kosong sahaja. Sebagai rekod Coca-cola adalah salah satu penaja rasmi Euro 2020.

Coke bagaimanapun kemudiannya mengeluarkan kenyataan berhubung tindakan Ronaldo dengan menyatakan setiap individu mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

“Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.