fbpx
Now Reading
3 Kali Berpantang Tanpa Bayi, Wanita Kekal Tabah Diduga Dengan Kehilangan Anak

3 Kali Berpantang Tanpa Bayi, Wanita Kekal Tabah Diduga Dengan Kehilangan Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bukan kuasa kita bila mana Allah takdirkan bayi yang dikandung 9 bulan pergi sebaik sahaja dilahirkan.

Sukar untuk diterima, sedih dan terasa kehilangan. Namun sebagai manusia biasa, kita perlu reda dengan ketentuan ini.

Begitulah yang dialami oleh wanita cekal ini apabila kesemua bayinya disahkan meninggal selepas dilahirkan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shaqudsi,dia menceritakan pengalaman kehilangan ketiga-tiga anaknya sebaik sahaja dilahirkan.

Hidap penyakit rahim lemah

Difahamkan, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau lebih mudah disebut sebagai rahim lemah yang boleh menyebabkan bayi lahir dalam keadaan pramatang.

Wanita yang mesra disapa sebagai Sha itu menceritakan momen di mana dia menjalani proses kehamilan dan kelahiran seperti biasa. Akan tetapi, dia memaklumkan kesemua bayinya itu tidak dapat pulang bersama kerana sudah meninggal dunia.

Tak sempat susukan bayi

Lebih memilukan, ketiga-tiga bayinya yang terdiri dari dua orang perempuan dan seorang lelaki ‘pergi’ sebelum sempat dia memberikan air susu.

Disebabkan hal itu, Sha memberitahu dia turut menjalani proses berpantang sebanyak tiga kali walaupun tanpa ada bayi disebelahnya.

Foto: TikTok

3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.”

3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri.

“Sayangilah anak”

Selain itu, wanita tabah ini sempat memberi nasihat kepada ibubapa yang mempunyai anak agar menghargai anak masing-masing dan dakaplah anak mereka kerana dia yang telah kehilangan anak sendiri amat merindui pengalaman tersebut.

Foto: TikTok
@shaqudsi

Video semalam dh kena removed . Kisah 3 anak syurga kami ❤️ Doakan kami tidak putus asa ##cervicalincompetence ##awareness

♬ original sound – _azuan.daud

Sehingga artikel ini ditulis, video yang telah viral di aplikasi TikTok tersebut meraih sehingga 563.9K views, 32.7K likes dan 3.2 comments.

Menjengah ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sebak dengan perkongsian tersebut.

Malah, mereka turut mendoakan agar wanita itu segera dikurniakan anak dan diberi kekuatan dalam menempuh ujian ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.