fbpx
Now Reading
Lelaki Pasang Lampu Biru Untuk Redah Jalan Sesak Mohon Maaf, Sudah Beri Keterangan Pada Polis

Lelaki Pasang Lampu Biru Untuk Redah Jalan Sesak Mohon Maaf, Sudah Beri Keterangan Pada Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam nama penyanyi terkenal Asad Motawh hangat diperkatakan di laman Twitter selepas penularan satu video yang mendakwa dia menaiki sebuah kereta milik rakannya yang telah menyalah guna pakai lampu LED biru (flicker blue light) untuk tujuan kegunaan peribadi.

Mula dikongsikan seorang pengguna Twitter, @ardnie, video tersebut diambil dari TikTok milik seorang TikTok Star, Shahrizan memperlihatkan lelaki tersebut berkongsi ‘kegunaan’ flicker blue light yang dipasang di kenderaan mewahnya iaitu untuk meredah kesesakan lalu lintas.

Namun nama Asad mula dikaitkan selepas beberapa netizen mendakwa individu yang duduk disebelah lelaki tersebut merupakan penyanyi tersebut.

Isu tersebut kemudian mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia yang memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung video berkenaan.

Individu berkenaan tampil mohon maaf

Terbaru individu tersebut menerusi satu hantaran di Instastory-nya memohon maaf dan mengakui akan kesalahan kerana memakai lampu tersebut pada kenderaannya.

Malah menurutnya dia sudahpun hadir memberi keterangan pada pihak polis dipercayai di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berhubung isu tersebut.

“Terima kasih atas kerja sama semua..Insyallah tak akan berulang lagi mohon seribu kemaafan kepada semua netizen”

“Alhamdulillah, keterangan saya sudah diambil” kata Shahrizan lagi.

Menerusi salinan aduan yang dimuat naik dia juga memaklumkan sudah pun membuang lampu berkenaan dari keretanya.

Namun setakat artikel ini ditulis belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Asad Motawh berhubung isu berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.