Pulau Langkawi Sunyi Tanpa Pelancong, Netizen Luah Rasa Rindu Dengan Suasana Meriah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak tercetusnya pandemik Covid-19, kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan kesihatan rakyat terjamin. Berikutan itu, kini terdapat banyak kawasan tumpuan pelancong di Malaysia yang sunyi tanpa pengunjung.
Kesannya terhadap industri pelancongan sudah semestinya cukup terasa kerana dalam sekelip mata sahaja segalanya telah berubah.
Pulau Langkawi merupakan salah satu tempat pelancongan yang terjejas apabila tiada aktiviti pelancongan dibenarkan sepanjang tempoh total lockdown ini.
Sunyi sepi bagaikan ‘ghost town’
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok @edshahir, lelaki ini telah berkongsi suasana di permata Kedah itu yang sunyi tanpa kehadiran pelancong, tak jauh beza dengan keadaan sebuah ‘ghost town’.
@edshahir Hangpa pernah sampai sini? Cuba komen keadaan dulu-dulu kat sini macam mana.. ##fyp ##foryoupage ##beach ##langkawi ##photojournalist ##malaysiatiktok
♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC
Dalam video tersebut, jelas kelihatan kebanyakan kedai tidak beroperasi atau tiada kunjungan pelanggan. Daun kering pula bertaburan di jalanan bagai tidak terurus.
Situasi sama turut berlaku di kawasan pantai yang begitu sunyi, tidak sama seperti keadaan sebelum ini yang sentiasa padat dengan orang ramai.
Suasana waktu malam di Pantai Cenang
Lelaki tersebut yang turut dikenali sebagai Ed telah berkongsi video lain menunjukkan suasana pada waktu malam di sekitar jalan Pantai Cenang.
@edshahir Reply to @jankambaq okey bang done. Jangan mintak part 3 pulak. Takdak dah. ##fyp ##chenang ##foryoupage ##langkawi ##photojournalist
♬ Horror – Ben Prunty
Tidak dapat dinafikan, ia kelihatan seperti tidak berpenghuni dan cukup sepi.
Keadaan tersebut sudah semestinya menimbulkan rasa sedih dalam kalangan rakyat tempatan sejurus terbayangkan suasana happening Pulau Cenang sebelum ini.
Ada juga yang berharap situasi pandemik ini dapat dikawal dengan baik dan negara kembali pulih supaya dapat menjalankan kehidupan seperti biasa.