fbpx

Siap Conteng Lantai, Kegigihan Guru Mengajar Murid Buat Ramai Terharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar dan murid di seluruh negara dilihat bukan sahaja membawa cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga berdepan dengan pelbagai rintangan.

Kelas online

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok bernama @ainaabdxn, dia menunjukkan bapanya yang juga seorang guru sedang mengajar murid-murid melalui kelas atas talian.

Siap conteng atas mozek

Foto: TikTok

Apa yang menarik perhatian adalah bapanya yang dikenali sebagai Cikgu Abidin itu ‘menconteng’ lantai mozek di rumah mereka dengan menggunakan pen marker untuk mengajar cara pengiraan subjek tersebut.

Menurut gadis yang bernama Aina itu, dia sudah menyediakan papan putih kepada bapanya. Namun, bapanya lebih selesa menulis di atas lantai mozek kerana subjek berkenaan membabitkan jalan pengiraan yang panjang.

Sehingga artikel ini ditulis, video yang berdurasi 27 saat tersebut telah meraih sehingga 1.1M views, 157.4K likes dan 2.6K comments di TikTok.

@ainaabdn7

struggle untuk student supaya lebih memahami. goodluck all students. ##xybca ##fyp

♬ Beggin’ – Måneskin

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terharu dan kagum terhadap tindakan cikgu Abidin.

Terima kasih cikgu!

Malah, mereka turut mendoakan guru tersebut agar sentiasa dirahmati dan diberi balasan atas kegigihan beliau dalam usaha untuk mengajar murid-muridnya.

“Terharunya tengok”

“Semoga Tuhan merahmati Cikgu Abidin”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.