fbpx
Now Reading
UEFA Beri Peringatan Akan Denda Pasukan Jika Ada Pemain Alihkan Minuman Penaja

UEFA Beri Peringatan Akan Denda Pasukan Jika Ada Pemain Alihkan Minuman Penaja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini nama bintang utama Portugal, Cristiano Ronaldo hangat diperkatakan di seluruh dunia gara-gara tindakannnya mengalihkan dua botol minuman yang disediakn penaja, Coca-cola jauh dari pandangan kamera sewaktu sidang akhbar Euro 2020.

Sehari kemudiannya, tindakan sama turut dilakukan bintang Perancis, Paul Pogba apabila dia turut dilihat mengalihkan minuman yang disediakan satu lagi penaja iaitu Heineken disusuli pemain Itali Manuel Locatelli yang bertindak menggantikan botol Coca Cola dengan air kosong semalam.

Ronaldo

Pogba

Locatelli

Tindakan mereka ini akhirnya mendapat respon dari Union of European Football Associations (UEFA) yang memberi peringatan akan mendenda mana-mana pasukan jika ada pemainnya yang melakukan tindakan sama seperti mereka bertiga.

“Uefa mengingatkan pasukan bahawa penajaan adalah penting untuk menjayakan kejohanan dan bagi memastikan pembangunan bola sepak di serata Eropah termasuk belia dan wanita,” kata UEFA menerusi satu kenyataan pada khamis petang.

Menurut Pengarah Program UEFA, Martin Keller, pihaknya sudah pun bertemu dengan wakil dari 24 pasukan yang terlibat dalam Euro 2020 dan mengingatkan mereka untuk menghalang pemainnya dari melakukan perkara sama.

Jelasnya para pemain perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan badan bola sepak tersebut. Namun pihaknya memahami tindakan Pogba yang juga seorang muslim memandangkan arak adalah haram di dalam islam.

Tambah Keller, UEFA sedia mengambil tindakan disiplin jika ada isu sama namun tindakan berbentuk denda tersebut tidak akan dikenakan kepada pemain sebaliknya ke atas pasukan.

“Kami tidak akan mendenda pemain sebaliknya (mendenda) pasukan yang mungkin selepas itu akan bertindak kepada pemain mereka.

“Tapi buat masa ini tiada tindakan terus daripada kami ke atas pemain. Kami mempunyai beberapa peraturan yang sudah ditandatangani badan bola negara yang terlibat” ujar Kallen.

Terdahulu tindakan Ronaldo mengalihkan botol Coca Cola sambil mengalakkan orang ramai meminum air kosong telah menyebabkan saham syarikat minuman itu merudum sebanyak 1.6% sehingga kerugian melebihi RM16.4 Bilion.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.