fbpx
Now Reading
Pernah Tular Jual Roti RM1 Selepas Berhenti Kerja, Bekas Jurutera Kini Mempunyai Bakeri Sendiri

Pernah Tular Jual Roti RM1 Selepas Berhenti Kerja, Bekas Jurutera Kini Mempunyai Bakeri Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam kehidupan ini, akan ada satu tahap di mana kita diuji dan ditimpa pelbagai ujian lagi-lagi apabila melakukan sesuatu perkara baru.

Namun, kita perlulah positif dan menganggap ianya salah satu ujian yang kecil dan yakin sesuatu yang baik sedang menunggu kita pada masa akan datang.

Seperti kisah pemuda ini yang berjaya mempunyai sebuah kedai roti miliknya sendiri selepas nekad berhenti kerja dan memulakan perniagaan menjual roti pada tahun lalu.

Hilang pekerjaan akibat Covid

Menerusi laporan Juice, Ridzuan atau nama sebenarnya Ridzuan Jamal memulakan perniagaan setelah nekad meletakkan jawatan sebagai Penyelia Kanan Jurutera Mekanikal dan Elektrik di sebuah syarikat swasta .

Ridzuan menceritakan perniagaan roti tersebut pada awalnya dimulakan oleh bapa saudara sebelum dia membantu dari segi penjenamaan dan pemasaran.

Jual roti dari but kereta

Foto: NST

Pemuda tersebut yang asalnya menjual roti dengan harga RM1 dari but keretanya sahaja kini mampu untuk membuka kedainya sendiri. Antara roti yang dijual ialah roti tausa, golok, bilis, tuna, sosej dan chicken floss.

Raih pendapatan lebih banyak

Pemuda berkenaan dilaporkan menjual sekurang-kurangnya 1,000 roti setiap hari di Penampat dan Putatan sehingga meraih pendapatan lebih banyak daripada yang dia peroleh semasa pekerjaan sebelumnya.

Difahamkan, Ridzuan turut mengambil pekerja dari kalangan mereka yang menganggur oleh kerana pernah mengalami nasib yang sama.

Sekarang, kedai roti saya mempunyai sembilan pekerja yang baru-baru ini kehilangan pekerjaan merekadan juga graduan yang baru sahaja habis pengajian.

Ridzuan turut memberitahu bahawa pekerjanya sekarang termasuklah mereka yang berusaha membantu ibu bapa mereka semasa tempoh pandemik Covid-19 ini.

Terdapat tiga pelajar sekolah menengah yang bekerja separuh masa untuk membantu ibu bapa mereka yang terjejas disebabkan pandemik selain menimba pengalaman kerja.

Pemuda berusia 28 itu turut mendedahkan bahawa gaji pokok pekerjanya adalah antara RM900 dan RM1,200.

Foto: NST

Tekad kembangkan perniagaan

Bertekad untuk mengembangkan perniagaanya, Ridzuan kini berusaha untuk merekrut lebih banyak pekerja dan ejen bagi meningkatkan hasil jualan.

Tambahnya, dia berharap dapat memiliki 15 ejen di seluruh Kota Kinabalu kerana dia kini hanya mempunyai lapan orang di sekitar Sepanggar, Inanam, KK, Putatan, Papar, Kinarut, Kimanis dan Telipok.

Foto: NST

Semoga kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada anak muda dan orang ramai di luar sana agak tidak mudah putus asa apabila diuji dengan dugaan hidup seperti kehilangan pekerjaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.