fbpx

Pasangan Rantai Diri Bersama Selama 123 Hari Konon Nak Uji Cinta Akhirnya Berpisah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernah tular pada Valentines Day kerana nekad menggari dan mengunci diri bersama demi menguji hubungan, pasangan kekasih dari Karkiv, Ukraine iaitu Alexander Sasha Kudlay, dan Viktoria Vika Pustovitova akhirnya memilih untuk memutuskan hubungan tersebut.

Lebih mengejutkan keputusan tersebut diumumkan pasangan berkenaan sebaik sahaja selesai membuka kundi dan rantai yang mengikat mereka selama 123 hari dalam satu acara di Kiev, 17 jun lalu.

Menerusi laporan Daily Mail, sebaik rantai mereka di potong oleh seorang individu menggunakan pemotong rantai gergasi di hadapan Monumen Perpaduan di Kiev, tempat sama dimana mereka mula mengikat tangan mereka, Pustovitova yang dikerumuni media terus mengumumkan yang dia lebih selesa hidup sendiri dan mahukan kebebasan.

“Saya ingin hidup sendiri dan buat apa yang saya suka. Akhirnya saya bebas,” kata Pustovitova kepada media. Malah dia turut mengucapkan ‘hurayy’ sebaik rantai tersebut dipotong.

Perkara sama turut diungkapkan Kudlay yang menyifatkan tindakan mereka mengunci diri umpama kembar siam sebenarnya amat memenatkan.

Dia juga terpaksa bersabar dan melayan kerenah wanita tersebut terutama sewaktu kekasihnya itu mengenakan mekap di muka sekiranya mereka ingin keluar.

“Dan saya juga tidak suka menghabiskan masa di hadapan cermin setiap kali bangun pagi.” katanya lagi.

Namun pasangan berkenaan bangga dengan rekod yang berjaya dihasilkan mereka malah gembira berjaya mengharungi pelbagai ujian sepanjang 126 hari diikat bersama.

Mereka juga sebelum ini turut berdepan ujian besar apabila Pustovitova terpaksa dikerjakan ke hospital selepas kulit tangannya mengalami luka yang teruk ekoran dari pemakaian rantai besi tersebut di tangannya.

“Setelah mengunci diri bersama, kami akhirnya faham bukan semua perkara boleh dilakukan bersama kerana masing-masing mempunyai impian tersendiri,’ jelas pasangan tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.