fbpx
Now Reading
Dikecam Hebat Kerana Tawar Broadband Lite 1Mbps Yang Disifat ’20 Tahun Kebelakang’, Ini Respon TM

Dikecam Hebat Kerana Tawar Broadband Lite 1Mbps Yang Disifat ’20 Tahun Kebelakang’, Ini Respon TM

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam nama syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia hangat diperkatakan di media sosial.

Malah ia turut menjadi topik hangat yang disiarkan portal-portal teknologi selepas forum rasmi mereka, Unifi Community dilihat mula menawarkan pakej Broadband Lite 1Mbps, dengan harga RM38.

Bukan setakat kelajuannya 1MBps dipersoalkan, malahan ramai turut tertanya-tanya adakah masih relevan penawaran kuota 1GB/bulan yang diberikan memandangkan harga langganannya adalah RM38.

Isu tersebut menyebabkan TM dikecam hebat seolah mereka sudah kembali ke belakang dengan pelan yang langsung tidak munasabah.

Malah ramai berpendapat mereka seharusnya peka memandangkan semua orang tahu penggunaan internet pada masa kini lebih tinggi disebabkan kebanyakan orang masih WFH(Bekerja dari rumah) manakala pelajar mengikut kelas secara Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) yang pastinya menggunakan lebih dari 1GB setiap hari.

Tiada isu dengan 1Mbps tapi terkilan dengan kuota 1GB

Mungkin mereka anggap sekarang masih tahun 2005

Bukan pelan baru sebaliknya sudah 6 tahun di pasaran

Terbaru, TM tampil menjelaskan bahawa pelan tersebut sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya telah diperkenalkan 6 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2015.

Jelas mereka sewaktu diperkenalkan pelan tersebut sebenarnya disasarkan buat pengguna yang kurang menggunakan internet di kawasan yang diliputi rangkaian Streamyx.

Namun melihat kepada kawasan yang ditawarkan dengan sokongan fiber atau pakej unifi, pelan ini akan ditamatkan secara berperingkat.

TM dalam masa sama turut menekankan mereka mempunyai dua pelan lain untuk pengguna – iaitu secara prepaid – iaitu #BEBAS, dan juga postpaid

Menerusi pelan postpaid Unifi Mobile 39, TM menawarkan kuota 5GB, panggilan 50 minit, tanpa kontrak pada langganan RM39 sebulan. Orang ramai yang layak bagaimanapun boleh mendapat lebih banyak pengurangan subsidi sebanyak RM15 menerusi Prihatin – dan menikmati pelan ini pada harga RM24 sebulan untuk 12 bulan, serta hadir dengan data tambahan 30GB LTE untuk 12 bulan.

Mereka dalam masa sama turut memohon maaf diatas kekeliruan yang timbul namun sekali lagi mengingatkan orang ramai bahawa pelan Broadband Lite 1Mbps tersebut bukanlah sebuah pengenalan pelan yang baharu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.