
Rajin Gosok & Siapkan OOTD Isteri Setiap Hari, Pemilihan Baju & Citarasa Fesyen Bekas Tentera Ini Dikagumi Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selalunya, si isteri yang akan menyediakan baju atau pakaian buat si suami terutamanya untuk baju untuk ke tempat kerja.
Namun, lain pula kisah wanita ini apabila suaminya yang menjadi ‘fashion stylist’ dengan memilih dan menyediakan baju untuknya setiap hari.
Sediakan baju setiap hari
Menerusi perkongsian video oleh Najaha Nasarath di laman TikTok, ia memaparkan suaminya menggosokkan baju dan menyediakan pakaian untuk dirinya setiap hari.


Bekas tentera laut
Difahamkan minat suaminya amat meminati fesyen walaupun merupakan seorang bekas pegawai tentera laut.

Kegigihan dikagumi ramai
Video tersebut telah membuatkan ramai warganet kagum dengan kegigihan dan kerajinan suami Najaha.


@najaha_nasarath Husband Prepre my outfit. Ootd Saya berdasarkan Apa yang di sediakan oleh Suami. ##fypシ ##Mermatte
♬ Touch It (TikTok Remix) – Dj Viral TikToker
Malah ramai turut merasakan sentuhan dan pemilihan baju yang dilakukan suaminya umpama seorang pereka fesyen. Ramai yang turut memuji pasangan berkenaan kerana dilihat saling melengkapi antara satu sama lain.
Wah fashion designer kah?

Bestnya saling melengkapi

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 21.2 K views, 1.5K likes dan 163 comments di laman TikTok. Rata-rata netizen berasa terpegun dan memuji pakaian yang digayakan oleh Najaha dalam video berkenaan.