Ronaldo Hampiri Rekod Ali Daei, Namun Netizen Teruja Mokhtar Dahari Kekal No 3 Penjaring Terbanyak Di Dunia
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan aksi mantap bintang Portugal, Cristiano Ronaldo membuat ramai pemerhati dan peminat sukan bola sepak menjangkakan dia bakal memecahkan rekod jaringan terbanyak di aksi antarabangsa yang masih disandang penyerang Iran, iaitu Ali Daie dalam saingan Euro 2020 kali ini.
Malah dia semakin menghampiri rekod tersebut apabila menjaringkan satu lagi gol sewaktu perlawanan Portugal vs Jerman menjadikan jumlah jaringannya kini meningkat kepada 107 iaitu kurang dua gol dari rekod lagenda iran tersebut iaitu 109 jaringan daripada 149 penampilan bersama Iran.
Namun disebalik kisah tersebut, netizen dan peminat bola sepak di Malaysia hangat memperkatakan mengenai senarai berkenaan yang memperlihatkan lagenda bola sepak negara, Arwah Dato’ Mohd. Mokhtar Dahari atau ‘Supermokh’ masih kekal sebagai Penjaring ke-3 terbanyak di dunia.
Malah senarai tersebut menyebabkan nama Malaysia turut menjadi topik bualan peminat bola sepak dunia memandangkan arwah yang mewakili Harimau Malaya dari era 70an meninggalkan jauh banyak lagenda bola sepak dunia dari negara-negara hebat seperti Ferenc Puskás , Pele, Maradona dan sebagainya dengan rekod 89 gol dari 149 penampilan antarabangsa (Caps)
Situasi tersebut menyebabkan banyak page sukan dan peminat bola berkongsikannya di akaun media sosial masing-masing.
Bila kau main bola ikhlas, bersungguh-sungguh
Perkongsian-perkongsian tersebut menyebabkan ramaikan netizen meluahkan rasa kagum dan bangga mereka dengan pencapaian arwah yang disifatkan luar biasa.
“Messi pun tak boleh pintas rekod Arwah SuperMokh”
Malah ramai berpendapat pemain terbaik dunia dan pemenang 6 kali Ballon d’Or, Lionel Messi dari Argentina juga sukar menyaingi rekod beliau di persada Antarabangsa dimana Messi hanya mampu menjaringkan 73 gol bersama pasukan kebangsaannya.
Sebagai rekod selain SuperMokh, seorang lagi lagenda bola sepak negara Dato’ Soh Chin Ann atau lebih terkenal dengan gelaran Soh Chin Aun juga mempunyai rekodnya tersendiri di peringkat antarabangsa.
Soh Chin Aun sebenarnya merupakan pemegang rekod sebagai pemain paling banyak penampilan antarabangsa di dunia (World’s Top Most Capped Players in Football) dengan 224 jumlah perlawan meninggalkan jauh Ahmed Hassan dari Egypt (184) yang sebelum ini dicanang sebagai pemain paling banyak mewakili negaranya di dunia.