fbpx
Now Reading
Simpati Lihat Kasut Cleaner Berdedikasi Koyak Rabak, Pemuda Hadiahkan Kasut Baru Sebagai Tanda Terima Kasih

Simpati Lihat Kasut Cleaner Berdedikasi Koyak Rabak, Pemuda Hadiahkan Kasut Baru Sebagai Tanda Terima Kasih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Begitulah yang dapat digambarkan menerusi kisah seorang pemuda yang berkongsi rezeki dengan orang lain.

Hadiahkan sepasang kasut

Menerusi perkongsian di laman Facebook seorang pengguna bernama Affi Ariff, dia telah memberikan sepasang kasut baru sempena ulang tahun kelahirannya untuk pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Uncle Ali.

Dalam posting berkenaan, Affi mengatakan bahawa dia menghadiahkan kasut tersebut supaya pekerja berkenaan lebih selesa untuk melakukan tugasannya.

Foto: FB

Berterima kasih

Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada Uncle Ali yang telah membersihkan jalan raya untuk kegunaan jiran tetangga di kawasan tersebut.

Dah lama tahu kasut koyak

“Lama dah perasan Uncle ni pakai kasut koyak teruk ni hari-hari. Sempena hari lahir aku hari ini 20 Jun. Aku hadiahkan kasut baru supaya Uncle ni selesa buat kerja dekat kawasan ni. “

“Terima kasih banyak-banyak Uncle Ali, bersihkan jalan raya untuk kegunaan kami lalu hari-hari dekat jalan sini. Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.”

Menurut pemuda itu, dia sudah lama menyedari bahawa kasut yang dipakai oleh Uncle Ali sudah koyak.

Foto: FB

Foto: FB

Foto: FB

Sehubungan itu, Affi nekad untuk menghadiahkan sepasang kasut baru buat Uncle Ali memandangkan semalam adalah hari lahirnya.

Foto: FB

Baik dan rajin bekerja

Dia turut memuji Uncle Ali seorang yang baik dan sentiasa memastikan jalan raya di kawasan kediamannya bersih.

Melalui posting berkenaan, Affi turut memuat naik beberapa foto di mana Uncle Ali kelihatan sangat gembira ketika menerima hadiah daripadanya.

Foto: FB
Foto: FB
Foto: FB

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji tindakan yang dilakukan oleh Affi.

Bahkan, warganet turut memberikan ucapan hari jadi kepada pemuda tersebut dan mendoakan agar dia dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.