fbpx

“Baru 10 Tahun Dah Pro”- Kanak- Kanak Lelaki Tunjuk Skil Edit Video Buat Ramai Terpegun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman sekarang, memang kebanyakan anak muda lebih peka dan bijak menggunakan teknologi. Apatah lagi, golongan muda ini lebih cepat faham dan cekap menggunakannya oleh kerana mereka sudah diajar dari kecil lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang bernama Arif Rafhan di laman Twitter, ia memaparkan aksi anaknya di dalam video yang kelihatan seperti superhero.

Foto: Tangkap layar Twitter

Minat filem aksi superhero

Difahamkan, anaknya, Arif Aamil Hamka memang begitu meminati filem-filem aksi superhero dan cuba meniru movie tersebut.

Dalam video 4 saat tersebut, kelihatan Hamka yang berusia 10 tahun itu ‘hilang’ dengan sendirinya. Apa yang menarik perhatian ialah video berkenaan telah disunting oleh Hamka sendiri dengan menggunakan Premier Pro.

Video tersebut telah membuat ramai terpegun sehingga meraih 114K views, 3.3K retweets dan 6.9K likes. Rata-rata netizen kagum dengan kemahiran adik Hamka dalam menyunting videonya.

Foto: Tangkap layar Twitter

Belajar dari Youtube sahaja

Menurut Arif, Hamka hanya belajar melalui tutorial YouTube sahaja. Dia juga sering membuat video stop-motion dan beberapa video silap mata bersama kakaknya yang berusia 13 tahun.

Selama ni dia akan meminta bantuan saya dan kakaknya untuk kerja editing. Mereka memang selalu buat stop-motion, video magic sebelum ini. Kali ni Hamka mahu mencuba sendiri editing. Jadi selepas raya haritu dia mula explore premier pro dan banyak merujuk di tutorial youtube utk solution.

Saya dan kakaknya cuma memberi asas sahaja. Saya pun bukan pakar premier pro, setakat editing biasa tu boleh lah. Selebihnya dia belajar sendiri dengan Youtube.

Sentiasa menyokong minat kreatif

Tambahnya, dia akan sentiasa menyokong minat anaknya seiring dengan kepentingan akademik dan kerjaya pada masa akan datang.

Harapan saya, anak-anak saya akan menjadi lebih kreatif dan berjaya daripada saya. Kami memang akan expose dan support apa-apa minat kreatif mereka sebagai aktiviti cuti sekolah atau hujung minggu. Tambah-tambah lagi waktu PKP ni.

Kami juga akan relate dgn kepentingan akademik dan kerjaya dimasa hadapan, bagaimana hobi boleh dijadikan karier satu hari nanti.

Semoga kemahiran adik Hamka akan lebih maju dan dapat memberi manfaat serta impak yang positif pada masa akan datang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.