fbpx
Now Reading
Dipersoal Orang Ramai Kerana Edar Produk Di SJR, Founder Jenama Kecantikan Tampil Beri Penjelasan

Dipersoal Orang Ramai Kerana Edar Produk Di SJR, Founder Jenama Kecantikan Tampil Beri Penjelasan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam tular di media sosial satu video yang memperlihatkan seorang lelaki dipercayai seorang pengasas produk kecantikan mengedarkan barangan di sebuah Sekatan Jalan Raya.

Menerusi ruangan reply lelaki tersebut dikatakan mengedarkan barangan berupa produk kesihatan kepada pemandu-pemandu di SJR tersebut yang dipercayai di Pulai Pinang.

Tindakannya menimbulkan tanda tanya orang ramai memandangkan dia melakukannya di kawasan SJR apatah lagi turut dikelilingi anggota polis yang sedang bertugas.

Tak menggangu ke?

Ada juga yang tertanya-tanya adakah tindakkanya tidak menggangu pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas.

“Bagaimana boleh dapat kebenaran”

Malah ada juga tertanya-tanya bagaimana lelaki tersebut dibenarkan mengagihkan barangan berkenaan memandangkan negara ketika ini sedang menjalani PKP 3.0 Penuh.

Hanya edarkan vitamin C keluaran syarikatnya

Enggan isu tersebut disalah ertikan orang ramai, pengasas produk tersebut akhirnya tampil memberikan penjelasannya berhubung isu yang timbul.

Menerusi satu perkongsian di Instagramnya, pengasas berkenaan menjelaskan dia sebenarnya hanyalah mengedarkan supplemen berupa Vitamin C sebanyak 1000 unit kepada orang ramai dan anggota keselamatan yang bertugas.

Merupakan satu program CSR

Menurutnya, aktiviti tersebut sebenarnya hanyalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) milik syarikatnya, dan aktiviti yang berlangsung di utara tanah air tersebut sebenarnya sudahpun mendapat persetujuan pihak berkuasa.

“Sebnarnya, sebelum aktiviti itu dibuat, saya terlebih dulu mendapatkan kebenaran Polis & bagi tau niat saya nak sumbang 1K unit vitamin kepada org yang lalu SJR Bertam. Takkan lah saya berani buat tanpa kebenaran kan?”

Kongsi salinan surat mohon kebenaran

Dia dalam masa sama turut berkongsi surat mohon kebenaran bertarikh 17 Jun 2021 yang sudah dihantarnya kepada Ketua Balai Polis Daerah dikawasan berkenaan.

Menerusi surat sama, dapat dilihat surat berkenaan turut mempunyai cop tanda terima IPD tersebut bertarikh 18 Jun 2021.

Pihak yang paling saya utamakan adalah Frontliners yg btugas. Bayangkan berjam2 kerja di SJR, berteduh bwh khemah, walaupun mereka kuat smgt tapi saya ada cara sndiri nak ucapkan terima kasih dengan menyumbangkan vitamin yg baru sahaja ESW keluarkn utk pastikn Frontliners kekal btenaga & hidrasi.

Jelasnya lagi dengan melakukan aktiviti sebegini, dia dapat menunjukkan isyarat kecil bahawa dia seorang rakyat yang prihatin.

“Ini mcm ‘small gesture’ sy sbg anak muda, juga warga yg prihatin. Sama gk dgn org lain yg bagi smbgn mknan kat hospital, pusat kuarantin, cuma cara sy beza sikit, guna produk sy sendiri” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.