fbpx
Now Reading
Gigih Salin Nota Masa Kerja, Pelajar Jadi ‘Part Time Rider’ Tetap Utamakan Kelas

Gigih Salin Nota Masa Kerja, Pelajar Jadi ‘Part Time Rider’ Tetap Utamakan Kelas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelaksanaan pembelajaran secara atas talian yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan telah membuka peluang kepada segelintir pelajar universiti untuk membuat kerja sambilan. Namun begitu, pelajaran haruslah diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun.

Hadir kelas masa kerja

Foto: TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Haziqpanda, dia merakam kawannya yang juga merupakan seorang rider sedang menghadiri kelas online.

Pelajar itu difahamkan menjadi rider Foodpanda bagi menampung perbelanjaan harian.

Dalam video berkenaan, kelihatan pelajar itu gigih menyalin nota semasa mengikuti kelas online yang sedang dibuat oleh pensyarahnya sambil menanti pesanan pelanggan untuk dihantar.

Foto: TikTok

Dikagumi kerana utamakan pelajaran

Tindakan pelajar itu ternyata membuat ramai  kagum apabila dia masih mengutamakan pelajaran walaupun sedang sibuk bertugas demi menjana pendapatan lebih.

Foto: TikTok

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 393.7K views, 50.7K likes dan 3.9K comments di aplikasi TikTok.

@anak_ronaldo

😂

♬ Beggin’ – Måneskin

Rata-rata netizen memuji kegigihan pelajar itu serta mendoakan agar dia dimurahkan rezeki dan diberkati Tuhan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.