Now Reading
UEFA Larang Jerman Hiasi Lampu ‘Pelangi’ Di Allianz Arena Semasa Aksi Menentang Hungary

UEFA Larang Jerman Hiasi Lampu ‘Pelangi’ Di Allianz Arena Semasa Aksi Menentang Hungary

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin peminat bola sepak pasti peka dengan kontroversi membabitkan penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Jerman, Manuel Neuer yang mengenakan lilitan lengan kapten berwarna pelangi sepanjang aksi Euro 2020.

Penggunaan lilitan lengan tersebut yang pada mulanya menjadi tanda tanya orang ramai memandangkan UEFA ada menyediakan lilitan lengan standard bagi setiap kapten pasukan yang bertanding bagaimanapun terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) kemudiannya berterus terang ia adalah solidariti mereka kepada bulan kebanggaan LGBT atau LGBT Pride Month.

UEFA bagaimanapun kemudiannya memaklumkan pihak mereka tidak akan meneruskan siasatan berhubung isu tersebut selepas mengambi maklum dengan jawapan berkenaan.

Namun tidak sampai beberapa hari, pasukan Jerman sekali lagi menjadi perhatian apabila Datuk Bandar Munich, Dieter Reiter mencadangkan agar stadium Allianz Arena yang akan digunakan untuk menentang Hungary dihiasai dengan lampu bercorak sama.

Namun hajat mereka seolah tidak kesampaian apabila UEFA dilaporkan tidak merestui permintaan pasukan bola sepak negara itu kerana alasan politik.

UEFA tiada masalah tapi bukan sewaktu perlawanan Jerman – Hungary

Jelas wakil UEFA pihak mereka tiada masalah dengan cadangan Dieter dan pasukan Jerman, namun mereka tidak membenarkan aktiviti tersebut dilangsungkan pada hari perlawanan Jerman – Hungary berlangsung bagi mengelakan sebarang sengketa politik.

Mereka kemudian mencadangkan beberapa tarikh alternatif bagi Datuk Bandar Munich itu untuk merealiskan impiannya.

“UEFA adalah sebuah pertubuhan yang neutral politik dan agama… Memandangkan permintaan ini mempunyai kaitan dengan politik – dengan mesej ditujukan kepada keputusan diambil Parlimen Hungary – Uefa terpaksa menolak.”

Neur yang dilihat mengenakan lilitan lengan kapten warna pelangi sebagai sokongan kepada kumpulan LGBT  Foto : AFP

Lampu sebagai tanda solidariti kepada kumpulan LGBT

Reiter pada Isnin lalu difahamkan telah memohon kebenaran UEFA untuk menyalakan lampu berkenaan sebagai tanda solidariti mereka kepada kumpulan LGBT.

Ianya ekoran keputusan kerajan Hungary yang menggubal undang-undang baru yang melarang penyebaran konten atau rencana yang mempromosikan budaya homoseksual dan perubahan jantina ke sekolah.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.