fbpx
Now Reading
5 Kursus Digital Jangka Pendek Yang Dapat Bantu Tingkatkan Pendapatan Anda

5 Kursus Digital Jangka Pendek Yang Dapat Bantu Tingkatkan Pendapatan Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan penularan Covid-19 telah memberikan kesan kepada penduduk dunia termasuk di negara kita baik dari segi kesihatan, nyawa dan juga ekonomi.

Malah impaknya juga besar kepada gaya hidup manusia dimana orang ramai kini sudah mula beradaptasi dengan penggunaan teknologi digital sepenuhnya dalam segala urusan baik kerja, peribadi mahupun pendidikan.

Jadi buat anda yang ingin mencuba atau meneroka sesuatu bidang yang baru, perkara terbaik yang boleh dilakukan kini adalah dengan meningkatkan kemahiran diri di dalam bidang digital.

Persoalannya apakah bidang yang paling sesuai? Untuk memudahkan anda di bawah kami kongsikan lima kursus digital jangka pendek bidang digital yang boleh dimahiri dan membantu tingkatkan pendapatan.

#1 Digital Marketing / Pemasaran Digital

Foto : DevLab Creative

Jika anda sedang mempertimbangkan apa-apa kursus pendek, kursus Digital Marketing pada kami adalah yang paling sesuai.

Setiap perusahaan pasti bersetuju aktiviti pemasaran secara digital kini begitu penting sehingga memerlukan mereka untuk merekrut eksekutif pemasaran digital.

Jika dahulu kita hanya bergantung kepada televisyen, surat khabar, radio untuk melakukan promosi, kini aktiviti pemasaran lebih meluas dan boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk media digital dan menerusi platform-platform sosial media.

Bagi yang berniaga sendiri pula, mempunyai kemahiran dalam pemasaran digital pastinya dapat membantu mengembangkan jenama dan perniagaan anda.


#2 Product Management/ Pengurusan Produk

Foto : Forbes

Selain digital marketing, kursus Produk Management juga penting untuk mengembangkan dan menambah baik sesuatu jenama syarikat dan juga perniagaan.

Ia penting bagi analisis pesaing dan analisa kelebihan sesuatu produk untuk strategi jangka panjang. Peluang pekerjaaan dalam bidang ini tinggi kerana kemahiran sebegini sangat diperlukan dalam dunia digital dan perniagaan.

#3 Data Analytics / Analisis Data

Foto : Mashable

Kemahiran menganalisis data dari pelbagai sumber menggunakan teknologi terkini juga sangat kritikal untuk mana-mana syarikat digital. 

Tugas mereka melibatkan mencari corak daripada sesuatu set data dan membantu syarikat  membangunkan sistem ramalan mereka, serta mencadangkan solusi yang lebih efektif kepada syarikat.

Jadi mempunyai pakar atau seseorang yang berpengetahuan dalam menganalis data pasti memberikan sesebuah perniagaan itu satu kelebihan berbanding pesaingnya.

#4 Front-End Web Development/ Pembangunan Web Front End

Foto : BitDegree

Memahami asas atau selok-belok pembangunan laman web adalah satu bonus untuk semua orang, namun ia pasti lebih bermakna kalau anda mampu membangunkan laman web sendiri.

Laman web merupakan tools penting kerana ia tak pernah berehat. Malah ramai mula menyedari betapa pentingnya laman web untuk sesebuah perniagaan. Selain peluang pekerjaan tinggi, kemahiran ini juga dapat membantu anda menjana pendapatan tambahan.

#5 UX Design

Foto : OpenXD

Bagi seorang pereka, selain User Interface (UI), User Experience(UX) Design juga penting dalam membina sesebuah laman web ataupun aplikasi kerana ia adalah struktur informasi dalam memudahkan pengguna untuk dapatkan maklumat.

Bayangkan pengalaman pengguna sesuatu produk tidak diambil kira, adakah mereka akan kekal menggunakan produk tersebut? Pasti tidak bukan?

Jadi banyak perusahaan yang sudah mula menyedari betapa pentingnya mempunyai pakar didalam UX Design bagi memastikan mereka mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya.

Namun tahukah anda semua kursus-kursus yang disenaraikan di atas ini sebenarnya turut ditawarkan oleh General Assembly Malaysia (Akademi GA) iaitu sebuah institusi latihan dan pendidikan yang menawarkan sepenuhnya kursus kemahiran digital.

Yang menariknya, kursus-kursus ini dapat diselesaikan dalam tempoh 4 bulan dan turut ditawarkan secara percuma buat mereka yang terpilih di bawah Program MySTEP 2021 hasil kerjasama Akademi GA dan Khazanah Nasional.

Malah lebih baiknya lagi, MySTEP menawarkan elaun RM2000 setiap bulan sepanjang kursus tersebut berlangsung.

Apa itu MySTEP ?

Mula diumumkan tahun lalu oleh YB Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2021, MySTEP addalah program yang menyediakan 50,000 peluang pekerjaan dan latihan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Jadi apa kriteria yang melayakkan anda mendapat semua ini secara percuma ?

– Rakyat Malaysia umur 20-30
– Tidak bekerja sekurang-kurangnya 2 bulan
– Tidak lebih 5 tahun pengalaman bekerja
– Komitmen penuh sepanjang kursus (4 bulan)
– Graduan Ijazah Muda atau Diploma dari universiti diiktiraf
– Bukan peserta mana-mana program MySTEP atau yang sama dengannya
-Mereka yang sedang mencari pekerjaan untuk tahun 2021
– Berminat untuk mendalami kemahiran digital

Apa kelebihan program ini?

Secara ringkasnya Program MySTEP 2021 anjuran Akademi GA akan terbahagi kepada 3 fasa.

Ia akan bermula dengan Fasa 1 yang akan berlangsung selama tiga minggu dimana anda akan mula menjalani kursus yang telah anda pilih, diikuti fasa latihan kemahiran yang akan berlangsung selama tiga minggu.

Setelah menyelesaikan dua bahagian utama program ini, anda sudah boleh menumpukan pada langkah seterusnya iaitu merasai pengalaman sebenar meneroka alam pekerjaaan bidang baru yang anda mahukan sambil mendapat sokongan dan bimbingan dari Akademi GA.

Jangan lepaskan peluang anda, kursus yang ditawarkan bukan sahaja menjadi landasan tepat untuk anda meningkatkan pendapatan anda malah ia juga membantu menambah kemahiran anda.

Anda boleh mohon sekarang di sini atau copy paste link di bawah ini ke browser anda : https://bit.ly/3d4Q0SD

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.