fbpx
Now Reading
Anak Guam Tak Mampu Bayar Upah, Peguam Bertimbang Rasa Terima Ketam Sebagai Ganti

Anak Guam Tak Mampu Bayar Upah, Peguam Bertimbang Rasa Terima Ketam Sebagai Ganti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sifat bertimbang rasa dan memahami seseorang sememangnya merupakan satu sifat yang baik. Ia juga dapat mendorong kita menolong orang yang susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmat dan berbakti pada orang lain.

Ganti upah dengan ketam

Baru-baru ini, seorang peguam dari bandar Sorsogon, Filipina telah dilaporkan menerima ketam daripada anak guamnya yang dipercayai tidak mampu untuk membayar khidmatnya dengan menggunakan duit.

Menurut laporan GMA News Online, peguam bernama Noel Allen Bose itu memberitahu bahawa anak guamnya memberikan ketam itu sebaik sahaja selesai perbicaraan.

Tambahnya, anak guamnya turut mengakui bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membayarnya. Bose dengan hati yang terbuka menyambut baik pemberian ketam tersebut sebagai ganti pembayaran khidmatnya.

Bose turut memuatnaik sekeping gambar di Facebook yang memperlihatkan dirinya memegang beberapa ekor ketam di perkarangan luar mahkamah.

Foto: FB

Raih pujian netizen

Ternyata perkongsian tersebut menarik perhatian ramai sehingga meraih 103K likes dan 31K shares di laman Facebook. Rata-rata warganet memuji dan kagum dengan sifat bertimbang rasanya itu.

Malah, peguam itu turut memuat naik posting di akaun Facebooknya mengucapkan terima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata positif untuknya.

Ketam menjadikan perut kenyang dan gembira tetapi reaksi anda terhadap catatan ini sudah cukup menggembirakan saya. Terima kasih banyak – banyak!

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peguam yang bekerja di kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang bercerita tentang cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan berdedikasi terhadap komitmen mereka untuk membantu sesama warga Filipina.

Menerusi update terbarunya, Bose turut memuatnaik gambar ketam yang sudah dimasak di ruangan komen berkenaan.

Foto: FB

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.