
Kenapa Kebanyakan Emoji Kalendar Bertarikh 17 Julai? Ini Sebabnya
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penggunaan emoji bukanlah sesuatu yang asing bagi komuniti digital masa kini. Ia nya kerap digunakan dalam sesuatu interaksi di sosial media dan juga di aplikasi-aplikasi perbualan kerana ia memudahkan orang ramai untuk meluahkan emosi mereka tanpa perlu menulis panjang.
Mula diperkenalkan oleh seorang pereka Jepun, Shigataka Kurita pada akhir tahun 1990-an untuk pengguna sebuah telefon pintar diJepun, Emoji kemudian mula menarik perhatian pembangun dan pencipta-pencipta telefon pintar sehinggalah ia menjadi satu ciri asas buat mereka.
Dan hasilnya selepas beberapa ketika, terciptalah ratusan emoji yang diguna pakai orang ramai antaranya emoji berupa emosi seperti senyum, marah ketawa serta emoji berbentuk objek seperti kamera, kereta mahupun kalendar.

Bercerita mengenai kalendar, adakah korang perasan yang kebanyakan kalendar akan mempamerkan tarikh yang sama iaitu 17 Julai, baik di peranti iOS mahupun Android.
Kalendar Emoji di iOS Kalendar Emoji di Android
Tarikh rasmi Hari Emoji Sedunia
Yang pasti pemilihan tarikh tersebut bukanlah suatu kebetulan sebaliknya bermotif. Ini kerana tarikh 17 Julai merupakan Hari Emoji Sedunia. Bunyi macam menarik bukan? Dah selesai satu perkara.
Tapi Kenapa pula 17 Julai dipilih sebagai Hari Emoji Sedunia?
Secara ringkasnya tarikh ini pada mulanya diambil bersempena dengan pelancaran aplikasi Apple, iCal pada 17 Julai 2002. Memandangkan tarikh pelancaran iCal jatuh pada hari terebut, jadi emoji Calendar yang akan diperkenalkan pastilah akan menggunakan tarikh yang sama.
Dan akhirnya pada tahun 2014, pengasas Emojipedia, Jeremy Burge mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai World Emoji Day.

Namun bagaimana pula dengan emoji kalendar di Twitter yang menggunakan tarikh berbeza iaitu 15 Julai dan kini 21 Mac?

Ianya mudah sahaja, ia juga dipilih sebagai memperingati tarikh Twitter mula dilancarkan iaitu pada 15 Julai sebelum mereka mengggunakan emoji dengan tarikh baru iaitu 21 Mac iaitu tarikh Tweet pertama dikeluarkan milik CEO -nya Jack Dorsey.
just setting up my twttr
— jack (@jack) March 21, 2006
Baca artikel berkaitan :