Lama Tak Jumpa Ayah Kerana Parents Berpisah, Video Gadis Beri Hadiah Sempena Hari Bapa Undang Sebak Ramai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Hari Bapa telah disambut pada 20 Jun lalu. Ramai dilihat tampil berkongsi ucapan dan juga sambutan Hari Bapa masing-masing di laman sosial.
Namun, seorang gadis berkongsi kisah duka apabila dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan bapanya.
Parents sudah bercerai
Menerusi perkongsian video oleh pengguna bernama @a.blqis di TikTok, dia menceritakan kisah hidupnya sebagai seorang anak yang berasal dari ibubapa yang telah bercerai.
Difahamkan, gadis itu kini tinggal serumah dengan ibunya dan sudah lama tidak berjumpa dengan ayah kandungnya.
Kirim bunga kepada bapa
Dalam video tersebut, kelihatan gadis itu mengirim sejambak bunga sebagai hadiah sempena Hari Bapa.
Malah, dia turut menunjukkan rakaman yang memaparkan bapanya tersenyum gembira saat menerima hadiah istimewa tersebut sehingga mengundang sebak netizen.
Gadis itu turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf serta memberi ucapan sebagai tanda terima kasih kepada bapanya.
@a.blqis My parents divorced. I’m staying with my mom and rarely meet my dad. That’s the least i can do for him. Happy father’s day papa, i love you 👨👧❤️
♬ original sound – rexy
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah tontonan sehingga 90.7K berserta 15.4K likes dan 305 comments di TikTok. Rata- rata netizen sedih dan juga terharu melihat video tersebut.
Bahkan, ada juga yang dapat relate dengan keadaan gadis itu kerana mereka mengalami nasib yang serupa.