fbpx

Lebih Selamat, Honda Cipta Alat Navigasi GPS Didalam Kasut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua pasti bersetuju penggunaan Alat Navigasi GPS banyak membantu dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam mengatur perjalanan untuk ke sesebuah tempat.

Namun satu kelemahan GPS adalah anda perlu memberi tumpuan pada panduan baik secara visual atau suara sekaligus membuatkan anda terdedah kepada kemalangan.

Peka dengan isu tersebut, Honda difahamkan sedang membangunkan satu sistem GPS yang akan diletakkan kedalam kasut.

Diberi gelaran Ashirase, sistem navigasi GPS tersebut difahamkan akan dihubungkan dengan peranti anda terlebih dahulu menggunakan teknologi bluetooth. Ia kemudiannya akan dipasang terus pada kasut ataupun selipar anda.

Guna getaran sebagai panduan

Ashirase kemudiannya akan menghasilkan getaran pada jari kaki sekaligus memberikan panduan kepada penggunanya samaa ada mereka perlu membelok, atau gerak ke hadapan berpandukan maklumat yang diterima dari aplikasi GPS di peranti pintar anda.

Ia juga mampu memberikan amaran kepada penggunanya sekiranya mereka mengambil arah yang salah juga dengan menggunakan fungsi getaran.

Dicipta khusus untuk OKU penglihatan

Menurut Honda, sistem navigasi GPS tersebut sebenarnya dicipta khusus untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan yang memerlukan sistem navigasi GPS tanpa memerlukan pemandangan.

Namun ramai berpendapat ianya mungkin sesuai digunakan untuk mereka yang memandu dan juga pejalan kaki.

Difahamkan sistem navigasi ini bakal dipasarkan secara komersial menjelang suku pertama 2023.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.