Malaysia Airlines Bawa ‘Penumpang’ Naik Pesawat, Ubat Rasa Rindu Menerusi Video ASMR [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semenjak tercetusnya pandemik Covid-19 di seluruh dunia, sempadan negara telah ditutup terutamanya untuk aktiviti pelancongan. Perkara ini telah diputuskan untuk mengelak penularan jangkitan dengan lebih luas kepada orang ramai.
Tidak dinafikan, memang ramai yang rindu dengan perasaan terbang di awan biru untuk bercuti ke luar negara.
Paling terkilan kerana ada sesetengah individu terpaksa membatalkan segala perancangan termasuk tiket penerbangan yang telah dibeli lebih awal.
Malaysia Airlines kongsi ASMR situasi di lapangan terbang sebelum pandemik
Untuk mengubat perasaan rindu ini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah berkongsi sebuah video kompilasi rakaman audio sebenar situasi di lapangan terbang dan dalam pesawat pada zaman pra-pandemik.
Menerusi video bertajuk ‘The Sounds of MH’ ini, beberapa suara familiar dalam kesibukan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dapat didengari termasuklah pengumuman menaiki pesawat.
Klip ASMR itu dilanjutkan dengan membawa para ‘penumpang’ menaiki penerbangan MH4 dari Kuala Lumpur ke London Heathrow.
Sejak ia dimuat naik pada 22 Jun, video berdurasi 30 minit ini telah mendapat lebih 15 ribu kali tontonan.
Rindu dengan vibe KLIA dan menaiki pesawat
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu dengan vibe KLIA dan juga menaiki pesawat. Ada juga yang berkongsi beberapa momen di dalam pesawat sewaktu rakyat Malaysia pulang ke tanah air.
“Kepada semua warganegara, selamat pulang ke tanah air.”
Rindu nak melancong
“Boleh rasa tekanan udara dalam telinga.” – Netizen
Kredit Foto: Backpacking Malaysia