fbpx
Now Reading
Penangan Review Jujur Khairul Aming, Peniaga Berjaya Jual Lebih 700 Kek Batik Dalam Masa 2 Jam

Penangan Review Jujur Khairul Aming, Peniaga Berjaya Jual Lebih 700 Kek Batik Dalam Masa 2 Jam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama selebriti media sosial terkenal, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Aming Kamarulzaman memang tak asing lagi dalam kalangan rakyat malaysia.

Lebih dikenali menerusi video masakan pendek yang dikongsi terutamanya pada bulan Ramadan, dia juga terkenal sebagai usahawan makanan yang begitu berjaya.

Situasi ini dapat dilihat apabila Sambal Nyet Berapi keluarannya masih menjadi rebutan ramai sehingga pembeli terpaksa berebut hampir setiap hari demi mendapatkan sambal berkenaan walaupun ianya sudah pun diperkenalkan sejak lima bulan yang lalu.

Malah ramai yang percaya dengan citarasa makanan figura umum ini sehinggakan apa sahaja produk yang dipromosikannya pasti akan menarik perhatian pengikutnya.

Bantu peniaga lain dengan buat review jujur

Baru-baru ini, influencer ini telah membantu peniaga lain dengan membuat sebuah review jujur di Iaman Instagramnya.

Sebelum ini, bekas simpan beras serta merta sold out selepas dikongsi mengenai produk itu. Kali ini, giliran kek batik pula tak henti menerima tempahan daripada orang ramai setelah Khairul Aming memuat naik video mencuba makanan yang dibeli oleh rakannya.

Terus dapat jumlah order yang tinggi

Tak disangkal lagi, penangan Khairul Aming memang luar biasa. Review kek batik yang dikongsi olehnya berjaya mendapat perhatian ramai sehingga penjualnya dihujani dengan jumlah pesanan yang sangat tinggi.

Penjual kek batik yang dikenali sebagai Zulaikha itu tampil mengucapkan terima kasih kerana sudi memberikan review jujur menerusi sebuah ciapan di akaun Twitternya.

Tambahnya, Kek Batik Nutella yang diusahakan berjaya mengumpul jualan melebihi 700 tempahan hanya dalam masa 2 jam.

Puji kesedapan kek batik yang dijual

Tak terhenti di situ, Khairul Aming telah membalas ciapan itu dengan memuji kesedapan kek itu dan memberi semangat buatnya dan rakan sekerja.

Bekas beras yang pernah review turut sold out

Menerusi sebuah perkongsiannya yang lain, bekas simpan beras yang pernah dia review sebelum ini telah sold out dan kira-kira 1,800 unit telah terjual, dimana bersamaan dengan RM90,000 jumlah sales.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.