Dihina & Dicaci Lelaki Tak Dikenali, Siti Elizad Ambil Tindakan Buat Laporan Polis

Kerana mulut, badan binasa. Begitulah ungkapan yang sesuai dituju kepada sesetengah individu yang suka menyebarkan fitnah atau keburukan tentang orang lain sehingga memberi padah pada diri sendiri.

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila Siti Elizad memuat naik posting di Instagram berkenaan tindakan biadab seorang pengguna Facebook yang menulis komen dan memuatnaik status berbaur penghinaan terhadap dirinya.

Difahamkan, selebriti wanita tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada pukul 8.10 malam semalam terhadap pelaku yang menggunakan nama Zain Rashdan berhubung perkara terbabit.

Foto: IG Siti Elizad

Jarang aku ambil port dan tak maafkan orang. But not this time. Luluh hati ini, sedih sangat-sangat. Tuhan je tahu. Saya dah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil.

Pelaku itu pada awalnya meninggalkan komen menghina dan menghamburkan kata-kata carutan pelakon terbabit melalui ruangan komen sebuah artikel portal hiburan tempatan.

Foto: IG Siti Elizad
Foto: IG Siti Elizad

Malah, dia turut memuat naik status Facebooknya dengan menghina pelakon dan juruhebah radio itu.

Foto: IG Siti Elizad

 “Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat”. Jom aminkan p******. Amin,” ujar pelaku berkenaan di ruangan statusnya.

Elizad turut mengatakan tindakan pengguna tersebut melampau dan kata-kata yang dilemparkan terhadapnya adalah berunsurkan fitnah.

Apatah lagi, ia datang dari mulut seseorang yang tidak mengenali dirinya dalam kehidupan sebenar.

I’m crying while I text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah bekerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu diupload ke?! Lain orang lain caranya, I don’t need any stupid attention! I’m happy with my life. Dapat anak ke tak, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that ‘mandul’ word to me!“

Pelakon wanita berkenaan pernah mengalami keguguran pada November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober tahun yang sama.

Tambahnya, dia dan suaminya telah berusaha sedaya upaya untuk memperolehi zuriat sendiri.

Kau tahu tak aku struggle macam nak mati nak mendapatkan zuriat sendiri?! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan tanpa zuriat! Menangis kecewa sebab tak ada peneman umur dah macam ni.

Aku ni bertahun berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, sakit tahu tak? Sakit! Yang kau, senang-senang p******kan aku dan cakap aku mandul!

Siti Elizad bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015. Bagaimanapun, selama lima tahun berumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago