
“Habislah Peribahasa Kita..” – Video Air Dibelah Hingga Putus Menggunakan Pisau Buat Ramai Tercengang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kami yakin majoriti dari anda pasti pernah mendengar perumpamaan ‘Air dicincang tidak akan putus’.
Kerap dikaitkan dengan hubungan tali tpersaudaran adik-beradik, peribahasa ini membawa maksud walau seteruk mana perselisihan diantara adik beradik, lambat laun mereka pasti akan berbaik semula.
Gambaran ini kerana sifat air yang diketahui tidak akan putus jika dicincang atau dipotong menggunakan apa-apa alatan mahupun benda tajam.
Demonstrasi buktikan sebaliknya


Namun percaya atau tidak, satu demonstrasi video yang dilakukan membuktikan air sebenarnya boleh dibelah atau diputuskan dengan menggunakan pisau.
Mula dimuat naik di Youtube oleh akaun The Action Lab, video tersebut kemudiannya turut dikongsikan di laman Twitter.
Macam mana ia boleh terjadi?
Guna pisau Superhydrophobic / Pisau Superhidrofobik
Difahamkan bagi menjayakan demonstrarsi tersebut, geng The Action Lab, telah menggunakan sebilah pisau khas iaitu jenis super hydrophobic.
Mereka kemudia membuat demonstrasi menunjukkan pisau berkenaan berjaya memotong dan membelah tetesan air berkenaan.
Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya membelah titisan berkenaan kepada beberapa bahagian.
Apa itu Pisau Superhydrophobic
Menurut laporan Science Alert, pisau Superhydprohibic atau bahasa melayunya Superhidrofobik, adalah pisau khas dari campuran polyethylene , zink dan juga tembaga.
Ia kemudian di rendam didalam larutan silver nitrate dan larutan superhydrophobic solution yang dipanggil HDFT selama 20 Saat.
Selesai dengan proses tersebut, pisau berkenaan akan dicuci dan dijemur sehingga kering sebelum ini akan mengeluarkan ‘magiknya’
Eksperimen sudah dijalankan pada 2012
Difahamkan kajian mengenai perkara ini pertama kali dilakukan dan dirakam oleh sekumpulan pengkaji yang diketuai Prof Ryan Yanashima dari Department of Chemistry & Biochemistry di Arizona State University pada tahun 2012.
Ia kemudian dijurnalkan pada tahun sama.
Mula tular di Twitter
Perkongsian The Action lab kemudian tular di laman Twitter oleh akaun @weirdphysics.
Cutting Water in Half With a Superhydrophobic knife pic.twitter.com/UfBo7YZ7aO
— Physics (@WElRDPHYSICS) June 19, 2021
Video tersebut membuatkan netizen terkejut dan tercengang sehingga ramai mengaitkannya dengan peribahasa popular berkenaan.
bukan air yang dicincang takkan putus ke ???? kenapa putusssss niiiiiii
— seha🇵🇸 (@4Dibah) June 22, 2021
So air dicincang takkan putus isnt valid anymore ;( https://t.co/jfvnKMXvTE
— freepalestin 🇵🇸 (@fikrijff) June 20, 2021
All malay sasterawan must be shaking rn 😭 https://t.co/dgFjECikn5
— Harheez 🇲🇾🇵🇸 (@hrhzsyfq) June 20, 2021
RIP peribahasa Melayu https://t.co/UtXjSuXxO5
— Möhd Ël Hàfiz Abdullah. (@hafizrankill14) June 21, 2021