fbpx
Now Reading
“Nasib Baik Tak Terberanak”- Ibu Hamil Terkejut Ular Sawa Ikut ‘Bersiar’ Dekat Side Mirror Kereta

“Nasib Baik Tak Terberanak”- Ibu Hamil Terkejut Ular Sawa Ikut ‘Bersiar’ Dekat Side Mirror Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang ular, pasti ramai yang meremang bulu tengkuk membayangkan haiwan reptilia itu melingkar menyusuri semak atau lebih menakutkan kalau ia berada di depan mata.

Namun, lain pula dengan situasi yang dialami seorang wanita ini apabila ternampak seekor ular sawa di depan mata sehingga menarik perhatian ramai.

Ular sawa tepi side mirror

Foto: TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rienaeina06 di laman TikTok, dia merakam seekor ular sawa yang berada pada cermin sisi keretanya.

Apa yang menghiburkan ialah ular tersebut dilihat seakan-akan tidak boleh melepaskan dirinya kerana kereta itu bergerak dengan laju. Malah, terdapat juga yang bergurau mengatakan ia sedang menikmati udara luar sambil ‘bersiar-siar’.

Foto: TikTok

Sudah minta bantuan bomba

Difahamkan, wanita berkenaan telah meminta bantuan bomba untuk menangkap ular tersebut.

Boleh pulak dia ikut kita, dari manalah awak datang tiba-tiba muncul je terperanjat nasib baik tak bersalin awal saya. Apa-apa aku dah hantar ke bomba.

@rynaiena06

boleh plak dia ikot kita …dri mana lah awak dtg tbe2 muncul je terperanjat sbaik x bersalin awal sy …apa2 kau aq dah hntr ke bomba

♬ Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 390.8K views, 13.3K likes dan 1.4K comments di TikTok. Rata-rata netizen turut berasa cemas melihat ular sawa tersebut.

“Kalau saya dah melompat duduk belakang”

“Seronok pulak dia main angin”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.