fbpx
Now Reading
“Tidur Terus Tak Bangun.” – Lelaki Buat Aksi Manja Suruh Tidur Awal Bikin Netizen Geli

“Tidur Terus Tak Bangun.” – Lelaki Buat Aksi Manja Suruh Tidur Awal Bikin Netizen Geli

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/JsselynC/status/1407772724177428481

Aplikasi TikTok banyak digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis konten. Disebabkan penggunaannya semakin meluas, ramai yang telah menjadikannya sebagai platform pembelajaran, hiburan dan juga bisnes.

Malah, ada juga yang sekadar menggunakannya untuk berhubung dengan orang ramai secara suka-suka.

Kongsi video undang rasa ‘cringe’

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang lelaki telah memuat naik sebuah video di TikTok yang mengundang rasa geli dan meluat netizen kerana dikatakan terlalu berlebihan.

Ia kemudian diulang kongsi di Twitter dan serta merta menjadi buah mulut ramai.

Menerusi klip video berdurasi 24 saat itu, dia telah ‘menangkap’ individu yang masih belum tidur sambil membuat mimik muka dan bercakap menggunakan nada manja.

“Belum tidur kamu. Sudah ditangkap ini. Kenapa belum tidur? Bagi tahu dua sebab. Kalau tak saya, Mickey dan Minnie tembak awak. Cepat! Kenapa?”

Rata-rata yang melihat tweet itu meluahkan rasa geli melihat aksi lelaki berusia 17 tahun ini dan pelbagai reaksi lain turut diberikan.

“Yang dia tak tidur tu kenapa?” – Netizen

Nak azan di telinga

Pergi mana-mana pun akan terjumpa lelaki ini

Nak lapor kepada cikgu

Menerusi video yang lain, lelaki itu telah membuat konten yang sama tetapi berseloroh ingin melaporkan nama kepada cikgu kerana belum tidur.

Semoga netizen dapat ambil nasihat ini dengan tenang dan tidur lebih awal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.